Penantian bakal berakhir untuk peminat siri Witch Watch karya Kenta Shinohara! Adaptasi anime yang dinanti-nantikan ini akhirnya memperkenalkan trailer baharu serta visual utama, serta mengumumkan tarikh tayangan rasmi pada 6 April 2025.
Diumumkan buat pertama kali pada Ogos 2024, projek anime Witch Watch sudah berjaya menarik perhatian peminat manga dan anime. Siri ini dijangka menjadi antara rom-com paling dinantikan pada 2025, menampilkan campuran watak-watak comel dengan kisah percintaan dan komedi yang serba baharu.
Di Malaysia, peminat boleh menonton anime ini secara penstriman di Crunchyroll dan Netflix seiring dengan tayangannya di Jepun.

Menambah keterujaan, duo J-pop terkenal YOASOBI disahkan akan membawakan lagu tema pembukaan bertajuk “Watch Me!”. Lagu ini turut dimasukkan dalam trailer, yang anda boleh dengar di atas.
YOASOBI, yang terkenal dengan lagu hit seperti “Racing into the Night” dan “Idol” (lagu tema pembukaan Oshi no Ko), sebelum ini juga menyumbangkan lagu untuk anime popular lain seperti Frieren: Beyond Journey’s End, Beastars, dan Mobile Suit Gundam: The Witch of Mercury.
Adaptasi anime Witch Watch dibuat oleh Bibury Animation Studios, yang terkenal dengan karya mereka dalam sekuel The Quintessential Quintuplets. Berikut adalah sinopsisnya:

Witch Watch mengisahkan pengembaraan ajaib dan lucu Nico Wakatsuki, seorang witch (ahli sihir) muda yang baru sahaja menamatkan enam tahun latihan sihirnya. Bersedia untuk hidup berdikari, Nico perlu memilih “familiar” untuk menemaninya.
Berbeza dengan witch lain yang biasanya memilih haiwan, Nico memilih rakan zaman kanak-kanaknya, Morihito “Moi” Otogi, yang kebetulan seorang ogre. Pada mulanya, Morihito enggan menjadi familiar Nico, tetapi dia tidak punya pilihan lain—jika menolak, dia akan terkena sumpahan yang akan mengubahnya menjadi makhluk hibrid lembu-harimau yang aneh.
Dengan ibu bapa mereka tiada, mereka berdua akhirnya tinggal bersama di bawah satu bumbung, sesuatu yang menggembirakan Nico kerana dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Morihito.
Namun, sihir Nico yang seringkali gagal menyebabkan huru-hara, dan Morihito terpaksa bertindak sebagai pengawal peribadi dan penjaga untuknya. Tambahan pula, sebuah ramalan seram meramalkan bencana akan menimpa Nico dalam masa setahun, menjadikan segalanya lebih mendebarkan.

Bagi peminat yang ingin menyelami dunia Witch Watch sebelum anime ini ditayangkan, versi manga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris di MANGA Plus.
@gamersantaimy
Discussion about this post