Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tougen Anki Akan Datang Tahun 2025, Kisah Oni Lawan Momotaro

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2024 - Updated on May 12, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Tougen Anki Akan Datang Tahun 2025, Kisah Oni Lawan Momotaro
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, syarikat REMOW mengumumkan bahawa manga Tougen Anki: Dark Demon of Paradise oleh Yura Urushibara akan mendapat anime pada tahun 2025. Bersama itu, syarikat turut mendedahkan trailer, visual utama dan pelakon utama untuk anime tersebut.

Dicipta oleh Yura Urushibara, manga ini diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Champion terbitan Akita Publishing pada Jun 2020. Berikut adalah sinopsis:

Kredit: REMOW

“Kamu mewarisi darah Oni (syaitan)…”

Keturunan “Oni” dan “Momotaro” telah diturunkan di kalangan manusia tertentu selama beberapa generasi. Dahulu, Oni, sedar akan keganasan mereka sendiri, hidup dalam pengasingan. Namun, keamanan mereka diganggu oleh pencerobohan yang diketuai oleh Momotaro. Selama beribu-ribu tahun, kedua-dua puak ini membentuk “Momotaro Agency” dan “Oni Agency”, dan dikunci dalam konflik sejak itu.

Protagonis, Shiki Ichinose, tiba-tiba mendapat tahu tentang keturunan Oni-nya berikutan serangan yang tidak dijangka oleh Momotaro. Pendedahan ini membuatkan Shiki ingin menemui takdir yang terletak dalam darahnya — pertemuan dengan Oni yang tinggal di dalam dirinya.

— Generasi heroik gelap baru bermula di sini dalam kisah syaitan ini!

Barisan watak anime Tougen Anki termasuk:

Kredit: REMOW

Kazuki Ura sebagai Shiki Ichinose, protagonis yang mewarisi darah Oni. Kehidupan Shiki berubah apabila dia tiba-tiba diserang oleh “Momotaro”, yang membuatkannya menemui warisan Oni dalam diri sendiri. Berikutan pendedahan ini, dia mendaftar di Rasetsu Academy, sebuah sekolah latihan untuk Oni.

Kredit: REMOW

Hiroshi Kamiya sebagai Naito Mudano, seorang pengajar di Akademi Rasetsu. Naito adalah seorang rasionalis yang membenci ketidakcekapan dan pembaziran.

Kredit: REMOW

Kōtarō Nishiyama sebagai Jin Kougasaki, rakan sekelas Shiki di Rasetsu Academy yang selalu dilihat memakai topeng hitam. Jin mempunyai hubungan rivalry dengan Shiki, penuh dengan pertengkaran dan perselisihan kerap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeTougen Anki
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Hashira Training Arc Akan Datang 12 Mei – Episod Pertama 1 Jam!

Next Post

Metaphor: ReFantazio Dedah Battle System, Archetype & Banyak lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Metaphor: ReFantazio Dedah Battle System, Archetype & Banyak lagi

Metaphor: ReFantazio Dedah Battle System, Archetype & Banyak lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd