Tokyo Revengers akan kembali untuk projek anime sekuel baharu, selepas mengumumkan kepulangannya melalui teaser dan poster baharu!
Tokyo Revengers mengakhiri musim ketiga anime pada hujung tahun lepas dengan Tenjiku Arc – yang menampilkan satu lagi pertarungan besar untuk Takemichi Hanegaki ketika dia cuba menyelamatkan Mikey sekali lagi. Malangnya, musim ketiga ini berakhir dengan satu cliffhanger yang besar. Nasib baiklah kita dapat berita bahawa anime akan diteruskan tidak lama lagi.

Malangnya, tidak banyak info yang didedahkan termasuk tarikh keluaran dan format. Ini bermaksud sekuel Tokyo Revengers ini boleh jadi sama ada Musim 4 penuh untuk TV, atau filem.
Pada masa yang sama, pihak produksi turut mengumumkan Dōwa Revengers (Fairy Tale Revengers), sebuah anime spinoff mini yang menceritakan tentang kisah dongeng Jepun tetapi watak-wataknya digantikan kepada watak Tokyo Revengers. Episod pertama adalah berdasarkan kisah Momotarō.

Kini tinggal beberapa story arc lagi sebelum semuanya berakhir. Oleh itu, dengan kepulangan projek anime baru, ini adalah satu langkah lebih dekat ke finale besar tersebut. Jika belum, anda boleh menonton tiga musim pertama anime Tokyo Revengers sebelum ketibaan musim baharu.
Sinopsis:

“Takemichi Hanagaki ditolak ke landasan ketika cuba menaiki kereta api. Apabila terbangun, entah bagaimana dia telah kembali ke 12 tahun lalu dan kini ialah murid sekolah menengah. Menggunakan peluang ini, Takemichi berjanji untuk menyelamatkan teman wanitanya daripada dibunuh oleh Tokyo Manji Gang yang kejam dan mengubah nasib orang-orang di sekelilingnya.
@gamersantaimy
Discussion about this post