Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri ‘The 100 Girlfriends’ dapat adaptasi anime – 1 lelaki, 100 awek!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2023 - Updated on March 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Siri ‘The 100 Girlfriends’ dapat adaptasi anime – 1 lelaki, 100 awek!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga popular ‘The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really, Really Love You‘ atau nama pendeknya ‘The 100 Girlfriends‘ rasmi akan menerima adaptasi anime oleh Bibury Animation Studios pada tahun 2023.

❤❤━━━━━
君のことが大大大大大好きな100人の彼女
   2023年TVアニメ化決定❗
           ━━━━━❤❤

運命の人、100人。
全員ヒロインのファミリー系ラブコメ
ついにアニメ化✨

公式サイト🔽https://t.co/6gkiEmy7dh

制作:バイブリーアニメーションスタジオ#100カノ pic.twitter.com/hEKlkkpg99

— TVアニメ『君のことが大大大大大好きな100人の彼女』公式 (@hyakkano_anime) March 13, 2023

Semalam, laman web rasmi telah dibuka yang mendedahkan pelakon suara utama, kakitangan di sebalik produksi dan poster pengumuman. Berikut adalah senarai pelakon bagi siri anime:

  • Wataru Kato sebagai Rentaro Aijo
  • Kaede Hondo sebagai Hakari Hanazono
  • Miyu Tomita sebagai Karane Inda

Hikaru Sato (Dropkick on My Devil!) akan mengarahkan siri ini di Bibury Animation Studio manakala Takashi Aoshima (Uzaki-chan Wants to Hang Out!) bertanggungjawab ke atas komposisi. Akane Yano (Bottom-tier Character Tomozaki) akan menghasilkan reka bentuk bagi watak.

Seperti yang awak lihat, ini bukan anime harem (satu lelaki dan ramai kekasih) kerana protagonis kali ini akan mempunyai 100 teman wanita.

‘The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really, Really Love You’ (Kimi no koto ga Dai Dai Dai Dai Daisuki na 100- nin no Kanojo) atau selalunya dirujuk sebagai ‘The 100 Girlfriends’ ialah siri manga harem dan komedi romantik yang ditulis oleh Rikito Nakamura dan diilustrasikan oleh Yukiko Nozawa.

Mula disirikan dalam majalah manga seinen Weekly Young Jump terbitan Shueisha sejak Disember 2019, ia cepat meraih populariti kerana konsepnya yang ‘gila’ dan watak-watak yang mudah disukai. Bukan itu sahaja, siri ini juga menduduki tempat ke-8 dalam senarai “Adaptasi Anime Paling Dikehendaki” oleh AnimeJapan pada tahun 2022.

Jika korang ingin tahu lebih lanjut, di bawah adalah sinopsis:

Rentaro Aijo telah meluahkan perasaan tetapi ditolak oleh 100 gadis sepanjang hidupnya. Pada hari terakhir sekolah menengah rendah, dia melawat sebuah kuil dan berdoa agar dia mendapat teman wanita semasa di sekolah menengah atas. Tiba-tiba, Dewa Cinta muncul dan memberitahu Rentaro bahawa sebab kehidupan cintanya amat sadis kerana setiap orang sepatutnya mempunyai hanya satu jodoh. Tetapi disebabkan kesilapan oleh Dewa Cinta, Rentaro kini ditakdirkan untuk mempunyai 100 teman wanita.

Pada hari pertama sekolah, Rentaro bertemu dengan Hakari Hanazono yang kaya dan Karane Inda yang tsundere. Kedua-dua gadis serta-merta jatuh cinta dengannya, dan Rentaro pun tertarik kepada mereka berdua, tetapi tidak dapat membuat keputusan antara mereka.

Petang itu, dia melawat Dewa Cinta sekali lagi dan dimaklumkan bahawa jika dia tidak membalas perasaan salah seorang jodohnya, maka mereka akan mati dalam kemalangan. Tidak mahu nasib seperti itu menimpa Hakari dan Karane, Rentaro memutuskan untuk bercinta dengan mereka berdua pada masa yang sama, dengan restu masing-masing.

Semasa jauh dalam cerita, lebih ramai gadis akan diperkenalkan dan menjadi teman wanita Rentaro untuk mewujudkan kisah harem paling besar dalam sejarah manga.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Join giveaway kami di sini: https://t.co/Ia4zamY80x

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 8, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaThe 100 Girlfriends
Previous Post

Raid: Shadow Legends bakal keluarkan siri animasi pendek pada 18 Mei ini!

Next Post

Acer Malaysia bawa desktop mampu milik ‘Aspire XC & Aspire TC’ ke pasaran, harga bermula RM1,949!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Acer Malaysia bawa desktop mampu milik ‘Aspire XC & Aspire TC’ ke pasaran, harga bermula RM1,949!

Acer Malaysia bawa desktop mampu milik 'Aspire XC & Aspire TC' ke pasaran, harga bermula RM1,949!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd