Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Suicide Squad ISEKAI Tampil Pada 2024, Mengenalkan Watak-Watak Utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2023
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Suicide Squad ISEKAI Tampil Pada 2024, Mengenalkan Watak-Watak Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Warner Bros. Japan dan Wit Studio telah mendedahkan info terkini tentang anime Suicide Squad ISEKAI termasuk pelakon suara utama, teaser trailer istimewa, visual dan artis untuk lagu tema pada hari Jumaat. Walaupun tarikh keluaran tepat tidak diberi tetapi anime ini disahkan akan keluar pada 2024!

Untuk mendapat gambaran am tentang anime ini, anda boleh menonton teaser di bawah dahulu:

Berkenaan produksi Suicide Squad ISEKAI, Eri Osada adalah pengarah dan animasi diuruskan oleh Wit Studio. Tappei Nagatsuki dan Eiji Umehara menulis skrip. Artis manga Akira Amano melukis draf untuk watak original dan Naoto Hosoda bertanggungjawab untuk reka bentuk watak. Kenichiro Suehiro mengarang muzik manakala Shinya Tsuruoka berkhidmat sebagai produser animasi daripada Warner Bros. Japan.

Anime ini membintangi:

Anna Nagase sebagai Harley Quinn

Kredit: Warner Bros JP Anime

Reigo Yamaguchi sebagai Deadshot

Kredit: Warner Bros JP Anime

Takehito Koyasu sebagai Peacemaker

Kredit: Warner Bros JP Anime

Jun Fukuyama sebagai Clayface

Kredit: Warner Bros JP Anime

Subaru Kimura sebagai King Shark

Kredit: Warner Bros JP Anime

Sinopsis:

Di bandar Gotham yang penuh jenayah, Amanda Waller, ketua A.R.G.U.S., telah mengumpulkan sekumpulan penjenayah terkenal untuk sebuah misi: Harley Quinn, Deadshot, Peacemaker, Clayface dan King Shark. Super-Villain ini dihantar ke dunia lain yang disambungkan ke dunia ini melalui pintu gerbang. Ia adalah dunia pedang dan sihir di mana makhluk orc mengamuk dan naga memerintah langit—sebuah “ISEKAI”!

Dengan bahan letupan maut ditanam di leher mereka, masing-masing tidak boleh lari atau bersembunyi, dan kegagalan dalam misi bermakna tiket ke alam maut! Mampukah Harley Quinn dan krewnya menakluki alam ISEKAI yang berbahaya ini?! Bersiap sedia untuk saga berdebar-debar tentang pasukan elit yang dikenali sebagai “Suicide Squad” ketika mereka memulakan pengembaraan yang menakjubkan!


Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeSuicide Squad ISEKAI
ShareTweetSend
Previous Post

Trailer Pertama Grand Theft Auto 6 Akan Ditayangkan Pada 5 Disember

Next Post

The Sims 4: For Rent — Diinspirasikan oleh Asia Tenggara, Ada Pasar Malam Penuh Sajian! Nasi Lemak Juga Ada!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Sims 4: For Rent — Diinspirasikan oleh Asia Tenggara, Ada Pasar Malam Penuh Sajian! Nasi Lemak Juga Ada!

The Sims 4: For Rent -- Diinspirasikan oleh Asia Tenggara, Ada Pasar Malam Penuh Sajian! Nasi Lemak Juga Ada!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd