Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Solo Leveling Akan Tiba 6 Januari – Hunter Terlemah Jadi Paling Terkuat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2023
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Solo Leveling Akan Tiba 6 Januari – Hunter Terlemah Jadi Paling Terkuat!
Share on FacebookShare on Twitter

Solo Leveling nampaknya sedang bersiap sedia untuk tayangan perdana sebagai salah satu anime paling dinanti-nantikan pada tahun 2024, kerana pihak produksi telah mengesahkan bahawa anime ini akan keluar pada 6 Januari 2024!

Untuk meraikan pengesahan tarikh keluaran Solo Leveling, anda boleh menonton trailer terbaharu di bawah:

Diuruskan oleh studio di sebalik francais anime Sword Art Online dan menampilkan beberapa kakitangan terkenal, Solo Leveling adalah salah satu anime besar yang perlu diperhatikan pada bulan Januari. Shunsuke Nakashige sedang mengarahkan anime ini bersama animasi oleh A-1 Pictures, dan Noboru Kimura ialah ketua penulis. Tomoko Sudo sedang menguruskan reka bentuk watak dan Hiroyuki Sawano bertanggungjawab untuk muzik.

Kredit: Crunchyroll

Diadaptasikan daripada novel, penulis Chugong dan mendiang ilustrator DUBU membawa Solo Leveling ke platform webtoon dan ternyata, ia menjadi antara webtoon paling terkenal dalam sejarah. Menceritakan tentang protagonis yang bertukar daripada paling lemah kepada salah satu watak terkuat di dunia melalui latihan dan pertempuran, ini memberi plot yang sangat sesuai untuk adaptasi anime, jadi kita akan melihat bagaimana sambutannya pada tahun depan.

Kredit: Crunchyroll

Berikut adalah sinopsis Solo Leveling menurut Crunchyroll:

“Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.“

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.


Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeSolo Leveling
ShareTweetSend
Previous Post

Pembangun The Day Before Tutup Studio, Tidak Cukup Dana Untuk Teruskan!

Next Post

Blue Eye Samurai Sah Mendapat Musim 2, Dendam Mizu Diteruskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Blue Eye Samurai Sah Mendapat Musim 2, Dendam Mizu Diteruskan!

Blue Eye Samurai Sah Mendapat Musim 2, Dendam Mizu Diteruskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd