Siri RWBY yang dihasilkan oleh Rooster Teeth akan mendapat adaptasi anime pada tahun ini. Anime yang bertajuk RWBY Ice Queendom akan dihasilkan oleh studio SHAFT. Buat masa ini, tarikh tayangan masih belum didedahkan, tetapi kemungkinan besar akan ditayangkan pada hujung tahun 2022. Visual utama yang dihasilkan oleh Nobuhiro Sugiyama juga telah didedahkan selepas pengumuman mengenai anime ini.

Bukan setakat itu sahaja, melalui akaun Twitter rasmi anime, pelakon suara bersama staf terlibat dalam penghasilan anime ini telah diumumkan. Berikut adalah staf utama yang terlibat dalam penghasilan siri anime:
- Plan Anime Original : Gen Urobuchi / NITRO PLUS
- Composisi/Senario siri: Tow Ubukata
- Draf watak anime: huke
- Direktor: Toshimasa Suzuki
- Produksi animasi: SHAFT
Berikut adalah pelakon suara watak yang terlibat dalam RWBY Ice Queendom:
- Saori Hayami sebagai Ruby Rose
- Yoko Hikasa sebagai Weiss Schnee
- Yu Shimamura sebagai Blake Belladonna
- Ami Koshimizu sebagai Yang Xiao Long
- Hiro Shimono sebagai Jaune Arc
- Aya Suzaki sebagai Nora Valkyrie
- Megumi Toyoguchi sebagai Pyrrha Nikos
- Soma Saito sebagai Lie Ren
- Kazuhiko Inoue sebagai Ozpin
Anime ini juga akan mendapat versi manga dan akan diterbitkan ke majalah bulanan DengekiDaioh. Selain itu, figura watak juga telah diumumkan oleh Good Smile Company. Anda boleh nantikan Nendoroid Ruby Rose versi Queendom dan figura POP UP PARADE untuk empat ahli Team RWBY akan datang.
Segala maklumat lanjut mengenai anime ini akan didedahkan semasa acara AnimeJapan 2022 yang akan berlangsung esok. Jadi, anda boleh nantikannya! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post