Siri anime isekai popular, Overlord telah melepaskan trailer terbaru S4 berserta tarikh tayangannya iaitu Julai 2022. Dalam trailer tersebut, ia ada menampilkan beberapa adegan baru, serta dialog yang akan muncul pada musim terbarunya. Walaupun begitu, masih tiada berita terbaru mengenai filem Overlord yang diumumkan sebelum ini.
Selain itu, game Side-scrolling RPG iaitu, Overlord: Escape from Nazarick juga akan dilepaskan pada musim panas ini. Kadokawa Corporation dan pembangun, Engine Inc. juga telah mengeluarkan klip game, yang menampilkan pertarungan bos menentang Albedo, Overseer of Guardians of the Tomb of Nazarick. Twitter rasmi dalam bahasa Inggeris juga telah dibuka. Jadi, ada kemungkinan besar game ini juga akan dilancarkan dalam bahasa Inggeris. Lebih lanjut mengenai game ini, ia menampilkan mekanik side-scrolling combat yang sama seperti game dalam genre “Metroidvania”. Pemain akan mengawal Clementine dan bertarung melalui Tomb of Nazarick untuk mendapatkan semula ingatan dan kebolehannya. Game ini akan dilancarkan di Steam dan Nintendo Switch.
Jika anda tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri novel ringan yang diterbitkan pada 2010. Siri ini juga telah mendapat adaptasi manga dan anime pada 2015. Berikut adalah sinopsis untuk Overlord:
Jam terakhir permainan realiti maya popular, Yggdrasil telah tiba. Walau bagaimanapun, Momonga, ahli sihir yang berkuasa dan ahli persatuan gelap Ainz Ooal Gown, memutuskan untuk menghabiskan beberapa saat terakhirnya dalam permainan apabila server mula ditutup. Terkejutnya, walaupun jam sudah menginjak tengah malam, Momonga masih sedar sepenuhnya sebagai wataknya dan, lebih-lebih lagi, watak-watak bukan pemain nampaknya telah membentuk personaliti mereka sendiri!
Menghadapi situasi yang tidak normal ini, Momonga mengarahkan hamba setianya untuk membantunya menyiasat dan mengawal dunia baru ini, dengan harapan untuk mengetahui apa yang menyebabkan perkembangan ini dan jika ada orang lain dalam keadaan yang sama.

Kalau anda ingin tahu anime lain yang akan keluar tahun ini, kami ada senaraikannya untuk anda! Untuk liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Siliconera
@gamersantaimy
Discussion about this post