Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime One Punch Man Kembali Dengan Musim 3, Studio Animasi Masih Belum Didedahkan!

Maira by Maira
August 18, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime One Punch Man Kembali Dengan Musim 3, Studio Animasi Masih Belum Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Elok Garou arc tamat untuk siri manga, nampaknya kita akan mendapat versi animasinya pula! Melalui pengumuman rasmi di Twitter, One Punch Man secara rasmi mendapat adaptasi untuk musim 3. Dikatakan juga bahawa studio yang akan menghasilkan animasi tersebut adalah berbeza daripada musim kedua. Tetapi masih tiada pengumuman rasmi mengenai studio tersebut.

アニメ「ワンパンマン」第3期制作始動👊

第1期・第2期のキャラクターデザインを担当した久保田誓描き下ろし新ティザービジュアルを公開!
続報は随時公式サイト、公式SNSにて発表してまいります
サイト https://t.co/XQLgmpPQl3
Instagram https://t.co/Bp58EikxcJ#onepunchman#ワンパンマン

— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) August 18, 2022

Bukan setakat itu sahaja, poster untuk musim 3 One Punch Man juga telah didedahkan di laman web rasmi anime. Anda boleh melihatnya di bawah ini.

Mesti ramai antara anda sudah tidak sabar untuk menontonnya arc ini nanti. Agaknya siapalah yang akan hasilkan animasi untuk musim terbaru ini. Ramai juga yang meminta agar studio lain yang hasilkannya nanti. Kalau Madhouse kembali menghasilkannya mesti mantap habis.

Apapun produksi untuk anime baru One Punch Man sudah pun bermula. Jadi berkemungkinan besar anime ini akan ditayangkan pada hujung tahun depan. Kita nantikan sahaja pengumuman lanjutnya nanti.

Dicipta oleh ONE pada 2009, One-Punch Man bermula sebagai web-comic yang mengisahkan seorang hero bernama Saitama. Hero botak itu nampaknya seperti lelaki biasa, tetapi dia sebenarnya adalah orang terkuat di dunia. Dengan kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan satu tumbukan, Saitama hanya ingin mencari musuh yang cukup kuat untuk mencabarnya.

Siri ini menjadi semakin popular setelah artis Yusuke Murata melukiskan versi manga. Seterusnya, musim pertama One-Punch Man yang dihasilkan oleh Madhouse telah memulakan tayangan pada 2015 dan menerima sambutan yang meriah. Musim kedua anime kemudian diwariskan kepada J.C. Staff tetapi gagal menarik perhatian peminat kerana animasinya yang kurang kemas.

Untuk membaca segala liputan kami tentang One-Punch Man, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeOne Punch ManOne Punch Man S3
Previous Post

Interview eksklusif tentang Alejandro Vargas, watak terbaru dalam Call of Duty Modern Warfare 2

Next Post

Kaichu: Kaiju Dating Sim akan tiba di konsol & PC pada 7 September 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Kaichu: Kaiju Dating Sim akan tiba di konsol & PC pada 7 September 2022

Kaichu: Kaiju Dating Sim akan tiba di konsol & PC pada 7 September 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd