Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime One Piece membuat perubahan besar pada Sistem Shichibukai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Anime One Piece membuat perubahan besar pada Sistem Shichibukai!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime One Piece menamatkan arc kedua Wano pada penghujung 2020, di mana episod pertama 2021 membawa anime ke era baru. Sebelum arc ketiga untuk Wano bermula secara rasmi, anime ingin menjelaskan lagi tentang keadaan dunia di luar Wano. Siapalah sangka yang episod ini akan membuat satu perubahan besar pada Sistem Shichibukai?

Episod 957 dalam siri anime kembali kepada Reverie mini-arc yang berlaku sebelum hal-hal di Wano. Peminat akan melihat ramai wakil dari pelbagai kerajaan berkumpul di World Government untuk berbincang tentang peristiwa yang berlaku di dunia, dan salah satu keputusan besar yang dibuat adalah untuk membubarkan Sistem Shichibukai lantas mengganggu keseimbangan antara tiga kuasa besar dunia. Peminat akan menyaksikan reaksi dunia terhadap berita tersebut, dan ia didedahkan bahawa King Nefertari dari Alabasta dan King Riku dari Dressrosa telah mengemukakan pembubaran Sistem Shichibukai selepas kerajaan masing-masing dihancur teruk oleh Crocodile dan Doflamingo.

 

1 of 2
- +

Dengan kejatuhan sistem ini, pihak Marine mula mengisytiharkan perang ke atas Shichibukai yang masih berlayar di laut. Kami menerima pengenalan yang ringkas kepada setiap Shichibukai, setiap Yonko, Marine, dan lain-lain. Pada masa yang sama, ia didedahkan bahawa pihak Marine tidak akan berusaha untuk menangkap saki baki Shichibukai buat masa ini memandangkan mereka tidak lagi dilindungi oleh World Government. Tetapi jika mereka memilih untuk berperang, setiap Shichibukai tidak gentar dan pasti akan melawan balik.

Dengan pembubaran Sistem Shichibukai, kini ada ketidakseimbangan antara kekuatan dunia. Yang tinggal hanya World Government dan empat Yonko, di mana Kaido dan Big Mom masih ada di Wano. Ini pun adalah salah satu masalah besar yang perlu diselesaikan oleh Luffy sebaik sahaja dia jumpa Kaido di Onigashima. Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila lawat pautan ini.

Sumber gambar – Toei Animation

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone pieceShichibukai
Previous Post

Rancangan pelepasan Godzilla Vs. Kong telah hampir! – Warner Bros., Legendary

Next Post

Perincian terbaru Leveling dan Co-op telah dikongsikan untuk Gotham Knights~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Perincian terbaru Leveling dan Co-op telah dikongsikan untuk Gotham Knights~

Perincian terbaru Leveling dan Co-op telah dikongsikan untuk Gotham Knights~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd