Dengan tayangan episod 1052, anime One Piece benar-benar trending di seluruh dunia! Ketika manga menceritakan kisah Vegapunk, versi anime pula memfokuskan pada kemuncak saga Wano yang penuh dengan animasi hebat. Malangnya, anime One Piece akan hadapi masalah jadual yang memaksa anime untuk berehat buat masa 2 minggu bermula minggu depan.
Maklumat ini datang daripada isu terbaharu Weekly Shonen Jump (melalui @OP_SPOILERS2023) di mana One Piece menyampaikan info jadual baharu. Rupanya, One Piece terpaksa berehat bermula 27 Februari dan akan kembali pada 19 Mac kerana gangguan slot masa. Jadi korang semua tidak perlu risau kerana anime One Piece masih akan ditayangkan seperti biasa pada minggu ini.
Berikut adalah jadual ringkas:
- Jadual anime
- 26 Februari – One Piece episod 1053
- 5 Mac – Rehat
- 12 Mac – Rehat
- 19 Mac – One Piece episod 1054

Jadi apa yang sebenarnya terjadi? Rupanya, Jepun sedang menganjurkan acara maraton kebangsaan termasuk ‘Tokyo Marathon 2023’, yang akan disiarkan di seluruh Jepun. Secara kebetulan, acara ini ditayangkan pada waktu anime One Piece, jadi Toei Animation tidak dapat menunjukkan episod baharu mengikut jadual.

Mungkin ramai peminat yang akan kecewa, tetapi korang tidak perlu menunggu terlalu lama. Pada masa yang sama, ini memberi pasukan produksi lebih banyak masa untuk menambah baik animasi dan visual memandangkan anime sudah semakin hampir ke klimaks ‘Wano arc’! Jadi bersabarlah wahai kawan-kawan sekalian.
Recap One Piece episod 1052

Momonosuke dan Yamato cuba untuk mengangkat pulau Onigashima yang bakal merempuh kota Wano (pulau Onigashima terapung di langit tetapi dijatuhkan oleh Kaido) tetapi sedar ia mustahil melainkan jika Momonosuke dapat mencipta awannya sendiri untuk menyokong pulau tersebut.
Di bahagian lain, dua pertarungan sedang berlaku serentak; Sanji vs. Queen dan Zoro vs. King di mana kuasa masing-masing ditunjukkan. Dengan nyawa penduduk pulau dalam bahaya, kita belum tahu siapa yang akhirnya akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran epik ini.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk spoiler dan fakta menarik, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post