Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Moonrise Akan Hadir ke Netflix Pada 2024, Watak Direka Oleh Pelukis Fullmetal Alchemist!

Maira by Maira
September 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime Moonrise Akan Hadir ke Netflix Pada 2024, Watak Direka Oleh Pelukis Fullmetal Alchemist!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa livestream Netflix TUDUM Japan, projek animasi terbaru Netflix iaitu Moonrise telah pun didedahkan. Siri baru itu dijadualkan untuk tayangan pada 2024 di platform tersebut. Bukan setakat itu sahaja, teaser rasmi dan artwork original juga dilepaskan untuk penonton. Anda boleh melihatnya di bawah.

Seperti yang ditayangkan dalam teaser tersebut, mangaka terkenal Hiromu Arakawa (Fullmetal Alchemist, Silver Spoon) merupakan pereka watak original siri manakala Ayumi Yamada pula akan mereka bentuk watak untuk animasi. Wit Studio akan bertanggungjawab dalam penghasilan anime bersama-sama Ryo Kawasaki sebagai komposer muzik.

Special artwork from original character designer Hiromu Arakawa has arrived!

Moonrise is coming to Netflix 2024!#TUDUM #TUDUMjapan #MOONRISE #ムーンライズ pic.twitter.com/qerPlEMgCh

— Netflix Anime (@NetflixAnime) September 25, 2022

Untuk pengetahuan anda, Moonrise merupakan novel yang ditulis oleh Tow Ubukata dan diterbitkan pada Disember 2018. Tow Ubukata popular dengan penglibatannya dalam siri anime Psycho-Pass, Ghost in the Shell Arise, dan RWBY: Ice Queendom. Dia juga ada menerbitkan siri novel cyberpunk bertajuk Mardock Scramble yang turut mendapat adaptasi anime dan manga. Kalau anda teringin untuk membaca Moonrise, anda boleh baca dahulu bab prolog secara percuma di Amazon.

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai siri ini:

“Moonrise” berlaku pada masa hadapan dan bertempat di Bulan dan Bumi. Ia akan menceritakan kehidupan dua lelaki, Jack dan Al, ketika mereka menghadapi pelbagai kesusahan di dunia luar angkasa yang luas. Semua aksi dan pemandangan di kawasan Bulan yang belum diterokai akan digambarkan menggunakan jenis animasi yang inovatif.

CEO dan Presiden Wit Studio, George Wada
Moonrise netflix

Maklumat lanjut mengenai siri Moonrise ini mungkin dilepaskan sehinggalah tayangannya pada tahun 2024 di Netflix. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Moonrisenetflix
Previous Post

“Rupa macam game PS2” – Netflix dedah teaser Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1

Next Post

Walaupun gaya PowerPoint, anime “Way of the Househusband” dapat Season 2

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Walaupun gaya PowerPoint, anime “Way of the Househusband” dapat Season 2

Walaupun gaya PowerPoint, anime "Way of the Househusband" dapat Season 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd