Jika awal bulan yang lalu, kita lihat Jojo’s Bizarre Adventure Part 6: Stone Ocean kena “censored” kerana terlampau gore. Kali ini pula, anime Miss Kobayashi’s Dragon Maid pula yang mendapat censored. Tetapi ia bukan kerana keganasan atau gore, ia lebih kepada tubuh watak yang nampaknya telah diedit semula supaya mengikut peraturan media di China. Anime musim kedua itu baru sahaja ditayangkan di China dan sudah pasti ramai yang mengenal pasti perubahan terhadap anime tersebut.

Jika anda ingin tahu, China antara salah satu negara yang mempunyai pasaran yang besar untuk industri anime. Untuk mendapatkan kelulusan penstriman, banyak anime yang perlu ditapis dengan mengalih keluar sebarang kandungan seksual atau provokatif. Rasanya ramai peminat tahu bahawa anime Miss Kobayashi’s Dragon Maid ini mempunyai ramai watak yang mempunyai anggota yang agak besar. Jadi, apabila anime tersebut telah ditapis, sudah tentu ia menjadi agak pelik untuk peminat dan mula melakukan perbandingan dengan versi asal anime tersbut di media sosial.
Berikut adalah gambar perbandingan yang telah dibuat oleh peminat:
Anime tersebut merupakan adaptasi daripada siri manga yang ditulis oleh Coolkyousinnjya dengan tajuk yang sama. Manga yang dikeluarkan pada 2013 itu mendapat adaptasi anime daripada Kyoto Animation dan musim pertamanya telah ditayangkan pada Januari 2017 manakala musim keduanya baru mula ditayangkan pada September tahun ini.

Sejujurnya, bagi saya censor yang diberikan pada anime ini sebenarnya nampak elok dan lebih mudah untuk ditonton bersama ramai orang. Anatomi watak yang tidak keterlaluan itu sudah semestinya lebih mesra alam untuk ditonton oleh kanak-kanak lain. Keluarga pun sudah tentu boleh ikut sama menontonnya.
Apa pula pendapat anda mengenai censored untuk anime Miss Kobayashi’s Dragon Maid? Boleh kongsikan pada ruang komen. Untuk segala liputan mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: Weibo, AnimeSenpai
@gamersantaimy
Discussion about this post