Siri anime “Go! Go! Loser Ranger!” telah pun mendedahkan maklumat baharu hari ini melalui X! Bukan setakat itu sahaja, trailer rasmi pertama serta visual baharu turut didedahkan! Dalam trailer tersebut, anime tersebut akan ditayangkan secara rasmi pada 2024. Tetapi masih tiada tarikh rasmi untuk tayangannya, jadi kita nantikan sahaja maklumat baharu mengenainya pada masa akan datang. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Siri anime “Go! Go! Loser Ranger!” akan diarahkan oleh Keiichi Sato. Beliau pernah terlibat dengan penghasilan siri Tiger & Bunny. Manakala animasi pula akan dihasilkan oleh Yostar Pictures, yang turut menghasilkan siri anime Arknights. Barisan pelakon suara turut didedahkan dalam pengumuman baharu tersebut, iaitu:
- Yuusuke Kobayashi sebagai Fighter D/Footsoldier D
- Daishi Kajita sebagai Hibiki Sakurama
- Yumika Yano sebagai Yumeko Suzukiri

Berbanding dengan naratif The Quintessential Quintuplets yang memfokuskan pada percintaan, “Go! Go! Loser Ranger!” lebih tertumpu pada kuasa super dan pertarungan antara watak berinspirasikan francais Super Sentai/Power Rangers tetapi dengan sedikit plot twist. Berikut adalah sinopsis untuk siri:
“13 tahun yang lalu, askar “Villainous Army” cuba menyerang Bumi, tetapi berhadapan dengan skuad Power Rangers yang dikenali sebagai Dragon Keepers dan senjata super mereka, Divine Tools. Dalam masa setahun, segala Villainous Army telah dikalahkan di mana semua askar eksekutifnya dihapuskan.
Sejak itu, saki baki askar konco yang masih hidup (dan nampaknya tidak boleh mati) dipaksa untuk melakonkan semula kekalahan mereka kepada Dragon Keepers di hadapan ramai penonton setiap hari Ahad sebagai rancangan hiburan.
Bosan dengan layanan itu dan menyedari bahawa ini hanyalah perhambaan, salah seorang askar memberontak dan memutuskan dia akan mengalahkan Dragon Keepers dengan menyusup ke dalam organisasi dan menyamar sebagai Ranger.”
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post