Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Four Knights of the Apocalypse akan tiba tahun ini – sekuel rasmi The Seven Deadly Sins!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Four Knights of the Apocalypse akan tiba tahun ini – sekuel rasmi The Seven Deadly Sins!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri The Seven Deadly Sins rasmi sudah tamat tetapi kini giliran generasi baharu di mana beberapa protagonis unik akan muncul sebagai “Four Knights of the Apocalypse“. Dicipta oleh Nakaba Suzuki, manga sekuel ini asalnya dikeluarkan pada tahun 2021 dan selepas 2 tahun, kita akhirnya dapat berita bahawa Four Knights of the Apocalypse juga akan menerima adaptasi anime pada tahun ini.

💥#グラクロ に実装決定!💥

アプリゲーム『#七つの大罪 ~光と闇の交戦』にアニメ『七つの大罪 黙示録の四騎士』の実装が決定‼️⚡️
『#黙示録の四騎士』の冒険とキャラクターたちが『グラクロ』で楽しめるようになります‼️

実装時期など詳細は続報をお待ちください!https://t.co/sYZWIPPxYk pic.twitter.com/53dCDa0ITR

— TVアニメ『七つの大罪 黙示録の四騎士』🍀第1期・第2期配信中!! (@7_taizai) January 24, 2023

Menurut akaun Twitter rasmi anime The Seven Deadly Sins, mereka mengumumkan bahawa Telecom Animation Film akan menghasilkan adaptasi anime untuk Four Knights of the Apocalypse yang bakal membuat tayangan perdana pada 2023. UNLIMITED PRODUCE by TMS bertanggungjawab ke atas produksi dan fasa perancangan manakala Shou Komura disahkan akan menyuarakan watak protagonis utama, Percival.

Tarikh tayangan tepat tidak diberi tetapi peminat boleh menonton dahulu trailer dan poster baru yang dikeluarkan sempena pengumuman anime:

Bagi mereka yang tidak tahu, Four Knights of the Apocalypse (juga dikenali sebagai Mokushiroku no Yonkishi) ialah sekuel rasmi kepada siri The Seven Deadly Sins dan ditulis/diilustrasikan oleh Nakaba Suzuki. Siri ini mula diterbitkan dalam Weekly Shonen Magazine sejak Januari 2021 dan berjaya meraih sambutan yang positif di kalangan pembaca sehinggalah hari ini.

Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Percival tinggal bersama datuknya di God’s Finger, sebuah lokasi terpencil yang terletak tinggi di atas awan. Walaupun dia menyukai kehidupan yang sederhana, dia diam-diam ingin mengembara.

Tetapi kehidupan Percival berubah selama-lamanya apabila seorang penceroboh—yang mempunyai hubungan yang mengejutkan dengannya—merobohkan semua kegembiraan yang dia tahu.

Dengan tiada lagi hala tuju selain mengejar orang yang mengambil segala-galanya daripadanya, Percival bertindak sendiri. Dalam perjalanan, budak itu mendapati bahawa terdapat banyak perkara yang dia tidak tahu tentang kehidupan normal.

Nasib baik, dia bertemu rakan-rakan di sepanjang jalan yang boleh membantunya —tetapi apakah reaksi mereka apabila mengetahui takdir Percival… dan bagaimana ia berkaitan dengan pengakhiran dunia?”

Jika ada yang berminat, anda boleh menonton dahulu filem anime “The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh” di Netflix. Dibahagikan kepada dua bahagian, filem ini memperkenalkan kita kepada Tristan (anak Meliodas dan Elizabeth) sebelum peristiwa Four Knights of the Apocalypse.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Senarai francais manga terlaris 2022, Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece!

Next Post

Football Manager 2023 Console bakal dilancarkan di PlayStation 5 pada 1 Februari 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Football Manager 2023 Console bakal dilancarkan di PlayStation 5 pada 1 Februari 2023!

Football Manager 2023 Console bakal dilancarkan di PlayStation 5 pada 1 Februari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd