Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Four Knights of the Apocalypse akan tiba Oktober 2023, merupakan sekuel Seven Deadly Sins

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Four Knights of the Apocalypse akan tiba Oktober 2023, merupakan sekuel Seven Deadly Sins
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun manga dan anime The Seven Deadly Sins oleh Nakaba Suzuki telah tamat beberapa tahun lalu, itu bukanlah penghujung francais. Kisahnya masih diteruskan melalui siri manga sekuel bertajuk Four Knights of the Apocalypse. Turut disambut baik oleh peminat, ramai yang menunggu keluaran adaptasi anime dan akhirnya kita dapat jawapan kerana anime Four Knights of the Apocalypse sah akan tiba pada bulan Oktober 2023!

Berita ini diumumkan semalam di halaman Twitter rasmi, yang menjelaskan bahawa anime The Seven Deadly Sins: Four Knights of the Apocalypse akan membuat tayangan perdana pada 8 Oktober.

Sempena itu, pencipta asal Nakaba Suzuki telah melukis ilustrasi istimewa di mana Meliodas (watak utama Seven Deadly Sins) menjatuhkan tanggungjawab kepada protagonis seterusnya, Percival (daripada Four Knights of the Apocalypse).

Kredit: Kodansha

Siri anime ini akan diarahkan oleh Maki Odaira, Shigeru Murakoshi akan menulis skrip, Youichi Takada akan menguruskan reka bentuk watak, dan Hiroyuki Sawano dan Kohta Yamamoto akan mengarang muzik. Telecom Animation Film akan menghasilkan animasi manakala UNLIMITED PRODUCE oleh TMS bertanggungjawab ke atas produksi dan perancangan.

Pelakon suara yang disahkan setakat ini termasuk:

  • Shou Komura sebagai Percival
  • Kikunosuke Toya sebagai Donny
  • Aino Shimada sebagai Nasiens
  • Kanna Nakamura sebagai Anghalad
  • Kouki Uchiyama sebagai Shin

Sinopsis

Berlangsung selang beberapa tahun selepas pembubaran Seven Deadly Sins (wira yang paling terkenal di Britannia), siri ini memfokuskan tentang seorang budak lelaki bernama Percival, yang ditakdirkan untuk menjadi sebahagian daripada “kumpulan empat kesatria yang bakal memusnahkan dunia”. Disasarkan oleh askar-askar Camelot, Percival mengembara untuk mencari tiga lagi ahli empat kesatria bersama rakan-rakan baharu.

Kredit: Telecom Animation Film

Berminat untuk baca segala berita kami tentang Four Knights of the Apocalypse? Sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFour Knights of the ApocalypseSeven Deadly Sins
ShareTweetSend
Previous Post

Game of the Year 2022 Elden Ring boleh didapatkan dengan diskaun 30% di Steam!

Next Post

Relaks bersama Velvet Crème Porring Latte – kopi edisi terhad HUAWEI AppGallery, ZUS Coffee & Ragnarok Origin

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Relaks bersama Velvet Crème Porring Latte – kopi edisi terhad HUAWEI AppGallery, ZUS Coffee & Ragnarok Origin

Relaks bersama Velvet Crème Porring Latte - kopi edisi terhad HUAWEI AppGallery, ZUS Coffee & Ragnarok Origin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd