Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ANIME FEST+ Kembali, Bakal Diadakan Pada April 2024 di Tropicana Gardens Mall!

Maira by Maira
February 14, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Manga
0 0
0
ANIME FEST+ Kembali, Bakal Diadakan Pada April 2024 di Tropicana Gardens Mall!

Sumber: Comic Fiesta

Share on FacebookShare on Twitter

Comic Fiesta kembali dengan acara mini mereka iaitu Anime Fest+! Sama seperti tahun lalu, acara Anime Fest+ akan berlangsung di Tropicana Gardens Mall Convention Centre pada 26 April sehingga 28 April 2024.

Sumber: Comic Fiesta

Melalui halaman rasmi acara, Anime Fest+ bakal memaparkan pelbagai aktiviti serta acara yang melibatkan cosplay, anime, game dan komik! Acara itu juga bakal membawa jemputan ACG hebat serta membuka booth untuk doujin, artis serta cosplayer.

Bukan setakat itu sahaja, anda yang suka mengumpul figura dan barang collectible juga boleh menambahkan koleksi anda kerana akan ada barangan eksklusif yang akan tersedia nanti. Jenama-jenama hebat anime, komik dan game juga akan turut serta dalam acara ini. Jadi nantikan pengumuman lanjut mengenainya pada masa akan datang.

Sumber: Gamer Santai

Kami pasti ada ramai artis tempatan yang ingin membuka booth semasa acara nanti. Maklumat lanjut mengenai pendaftarannya akan diumumkan kemudian. Jangan lupa untuk ikuti penganjur untuk kemas kini lanjut mengenainya.

Bercerita tentang tiket, sama seperti tahun lalu, Anime Fest+ 2024 memerlukan pengunjung membeli tiket untuk masuk ke acara. Harga serta tarikh jualan tiket masih belum didedahkan buat masa ini. Harap-harap harganya tidaklah begitu berbeza dengan harga tiket pada tahun lalu.

Sumber: Gamer Santai

Buat ada yang tidak tahu bagaimana untuk ke Tropicana Gardens Mall Convention Centre, anda boleh sahaja menggunakan pengangkutan awam. Anda hanya perlu menaiki MRT laluan Kajang dan berhenti di stesen MRT Surian.

Untuk mendapatkan berita lanjut mengenai acara ACG daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Anime Fest+Anime Fest+ 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Tayangan Premiere Spy x Family CODE: White di Malaysia Pada 18 Februari Ini! Info Penuh Tiket!

Next Post

Dead Island 2 Bakal Hadir ke Steam, Dead Island Riptide Kini Percuma!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dead Island 2 Bakal Hadir ke Steam, Dead Island Riptide Kini Percuma!

Dead Island 2 Bakal Hadir ke Steam, Dead Island Riptide Kini Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd