Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Dragon’s Dogma sah datang September ini di Netflix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Anime Dragon’s Dogma sah datang September ini di Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengumumkan anime baru berdasarkan Dragon’s Dogma pada awal tahun lepas, tetapi sudah lama saya menantikan kemas kini tentang projek ini. Sukacita, poster pertama dan tarikh keluaran rasmi telah disahkan hari ini untuk anime tersebut! Projek ini bermula apabila meluahkan hasrat untuk membuat karya anime sendiri, dan salah satu caranya adalah untuk memberikan versi anime kepada beberapa francais terkenal. Ini menghasilkan kolaborasi baru dengan Sublimation, yang mencetuskan anime berdasarkan francais Dragon’s Dogma oleh Capcom.

Di atas adalah poster pertama untuk anime. Kita bukan sahaja dapat melihat rekaannya, malah tarikh keluaran disahkan pada 17 September. Siri baru ini menampilkan animasi CGI daripada Sublimation di mana studio sangat bersemangat untuk menghasilkan anime baru sejak kali pertama ia diumumkan. Anda boleh lihat beberapa adegan anime ini di bawah. Mereka kata:

“Pasukan Sublimation telah lama impikan untuk cipta karya kami sendiri. Kami sering kali bekerjasama dengan studio rakan kongsi untuk menghasilkan bahagian CGI dalam projek-projek tertentu, jadi kami merasa sangat beruntung dapat bekerjasama dengan Netflix melalui perjanjian produksi ini. Kami sangat gembira dapat memperkenalkan animasi cel shaded unik kepada peminat anime di sekitar dunia.”

Sinopsis

Setelah lebih dari 100 tahun berlalu, seekor naga telah muncul dan hancurkan sebuah kampung. Ethan bertarung naga itu untuk melindungi keluarga tercinta, tetapi hatinya dicuri oleh naga itu. Ethan, yang seolah-olah mati, hidup semula sebagai “Arisen” dan memulakan perjalanan untuk mendapatkan kembali hatinya bersama Hannah. Dalam perjalanan, Ethan akan bertarung dengan raksasa berdasarkan seven deadly sins (tujuh maha dosa), tetapi setiap kali mengalahkan mereka, Ethan sendiri secara beransur-ansur akan kehilangan kemanusiaan …

 

1 of 4
- +

Bersemangat tak untuk tonton anime Dragon’s Dogma di Netflix? Mari kongsi pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon's Dogmanetflix
Previous Post

Studio dari Malaysia PASSION REPUBLIC sekali lagi bekerjasama dalam pembikinan Game AAA – Ghost of Tsushima!

Next Post

Kuasai Skala yang berbeza: Razer Melancarkan Razer Huntsman Mini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kuasai Skala yang berbeza: Razer Melancarkan Razer Huntsman Mini!

Kuasai Skala yang berbeza: Razer Melancarkan Razer Huntsman Mini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd