Anime Dragon Ball Super telah tamat beberapa tahun yang lepas dan walaupun manga sudah sangat jauh, kita masih tidak mendengar berita tentang sambungan anime. Disebabkan itu, banyak negara di seluruh dunia hanya mampu menayangkan semula episod lama Dragon Ball Super dan ini menjadi amalan biasa di Amerika Selatan memandangkan jumlah peminat Dragon Ball di negara-negara sana sangat ramai. Namun, Argentina tidak lagi bersetuju dengan kandungan yang disiarkan di mana anime Dragon Ball Super kini diharamkan selepas berlakunya isu berkaitan Master Roshi.

Jabatan Komunikasi Buenos Aires mengeluarkan pernyataan berkenaan Dragon Ball Super selepas mereka menyiarkan satu episod yang berlaku sebelum arc Tournament of Power. Semasa episod itu, ramai yang melihat Master Roshi sedang melakukan sesi latihan yang aneh, dan disebabkan “caranya” dianggap terlalu seksual, anime Dragon Ball terpaksa dibatalkan.
Menurut pernyataan rasmi, Jabatan Pertahanan Awam telah menerima aduan oleh Kementerian Wanita, Politik Jantina, dan Kepelbagaian Seks. Aduan ini mengandungi respon beberapa konstituen terhadap salah satu episod Dragon Ball Super. Seperti yang saya katakan di atas, Master Roshi meminta bantuan Puar untuk berubah menjadi wanita muda yang cantik. Apakah niat sebenar Master Roshi? Sebenarnya, cikgu gatal ini hanya ingin mengatasi kelemahannya semasa bertarung dengan wanita. Tamat sahaja latihan, Master Roshi akhirnya boleh fokus di atas medan perang semasa bertarung dengan wanita cantik.
Saya tidak begitu tahu bahagian spesifik mana yang mereka tuduh, tetapi ternyata pihak berkuasa Buenos Aires tidak terhibur dengan kandungan ini. Para eksekutif secara rasmi menuduh Master Roshi terlibat dalam penderaan seksual. Akibatnya, Dragon Ball Super terpaksa diharamkan di Argentina oleh Cartoon Network dan Warner Media berikutan aduan tersebut. Undang-undang ini mungkin akan berubah pada masa akan datang tetapi buat masa ini, nampaknya peminat Argentina harus melihat pengembaraan Goku di sumber lain.
Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Ball termasuk anime, manga, fakta trivia dan lain-lain, sila tekan pautan ini.
Sumber – DW Argentina
@gamersantaimy
Discussion about this post