Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Dragon Age: Absolution diumumkan oleh Netflix

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Anime Dragon Age: Absolution diumumkan oleh Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan siri game popular oleh BioWare, Netflix telah mendedahkan adaptasi anime Dragon Age: Absolution. Bekerjasama dengan BioWare dan EA, Netflix membuat siri animasi enam episod yang bakal membuat debut pada bulan Disember ini, hanya di Netflix. Seperti biasa, sebuah trailer juga disertakan bersama pengumuman ini, supaya peminat dapat melihat aksi yang akan berlangsung. Malangnya, buat masa ini, mereka tidak kata secara tepat bila ia akan ditayangkan pada bulan Disember.

Menurut pernyataan rasmi daripada Netflix, anime ini akan berlangsung di Tevinter – salah satu lokasi bagi game Dragon Age akan datang, Dragon Age: Dreadwolf. Walaupun begitu, ia akan menampilkan barisan watak baru, yang mempunyai kaitan minimum dengan game. BioWare terkenal kerana sering menghubungkan game mereka dengan media lain, biasanya buku atau komik. Dalam erti kata lain, anime ini pasti ada kaitan dengan game, cuma kita tidak tahu dalam cara bagaimana.

Berikut adalah rumusan oleh Netflix:

“Dicipta dengan kerjasama BioWare (pencipta francais game Dragon Age), Dragon Age: Absolution berlangsung di Tevinter dan menampilkan himpunan watak baru yang diilhamkan oleh tradisi Dragon Age, termasuk elf, mage, knight, Qunari, Red Templar, Demon dan kejutan istimewa lain.”

“Sejak membuat debut pada tahun 2009, francais game yang memenangi anugerah telah membawa pemain ke dunia Thedas dengan jalan cerita yang kaya, watak yang tidak dapat dilupakan dan tempat yang indah dan bahaya untuk ditemui.”

Game Dragon Age akan datang, Dragon Age: Dreadwolf, akan menjadi pengalaman tertumpu kepada single-player yang akan lebih mengembangkan pengembaraan luar biasa ini.”

Anime ini akan diterbitkan oleh Red Dog Culture House bersama Mairghread Scott sebagai pengarah. Sebelum ini, Scott pernah terlibat sebahagian besar dalam menulis kredit untuk projek seperti Guardians of the Galaxy, Avengers Assemble dan Transformers Prime.

Apa pendapat korang tentang Dragon Age: Absolution? Adakah anime ini akan menjadi sama gempak seperti versi game? Kongsi pendapat korang di ruang komen nanti.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon Age: Absolutionnetflix
Previous Post

Gigabash akan lancar pada 5 Ogos ini di PC dan konsol PS bersama Kaiju hebat, Rawa!

Next Post

DOTA: Dragon’s Blood Season 3 akan tiba Ogos 2022 di Netflix

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DOTA: Dragon’s Blood Season 3 akan tiba Ogos 2022 di Netflix

DOTA: Dragon’s Blood Season 3 akan tiba Ogos 2022 di Netflix

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd