Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Devil May Cry, akan datang di Netflix pada 2022

haziq by haziq
November 8, 2021
in Animasi, ARPG, Berita, Genre
0 0
0
Anime Devil May Cry, akan datang di Netflix pada 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Adi Shankar, penerbit siri Netflix bagi Castlevania dan Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix telah mendedahkan beberapa butiran lanjut mengenai siri animasi yang akan datang berdasarkan francais Devil May Cry dari Capcom.

Netflix Devil May Cry Animated Series To Have Multiple Seasons - Lowyat.NET

Skrip telah ditulis dengan kerjasama Alex Larsen, seorang penulis untuk filem Bodied (dihasilkan oleh Shankar dan Eminem). Dia juga baru-baru ini telah menulis satu lagi siri animasi dalam Netflix iaitu Yasuke. Shankar walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran cerita ini dengan lebih lanjut, namun dia mengesahkan bahawa beberapa watak kegemaran francais Devil May Cry akan muncul.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Vergil, Lady, dan sudah tentu Dante akan berada di dalam animasi ini. Saya juga boleh mengesahkan bahawa Chris Pratt tidak akan menyuarakan mana-mana watak,” kata Adi Shankar. Pratt baru-baru ini telah melakonkan watak sebagai peneraju dalam filem animasi berprofil tinggi berdasarkan Super Mario dan Garfield.

Devil May Cry is Coming to Mobile Next Month - iFanzine.com

Shankar mengulas bahawa dia di dalam “mimpi” apabila bekerjasama dengan Capcom dalam projek ini.

“Seluruh pasukan baik dari pihak pengurusan dan pihak kreatif telah memberikan sokongan yang luar biasa,” katanya.

Dia telah bekerja sebelum ini secara langsung dengan Hiroyuki Kobayashi, penerbit veteran di Capcom yang bekerja pada permainan Devil May Cry dan Resident Evil, serta Devil May Cry: The Animated Series 2007, yang diterbitkan oleh studio animasi Jepun, Madhouse.

Castlevania Boss Updates Devil May Cry Anime Progress, Confirms Multiple  Seasons

“Kobayashi-san sangat hebat, sungguh menggembirakan bekerja dengan Capcom”, kata Shankar

Anime Devil May Cry pertama kali diumumkan oleh Shankar pada November 2018. Dia kemudian berkata bahawa telah memperoleh hak animasi untuk IP DMC sendiri supaya produksi dari hollywood yang lain tidak dapat menerbitkan siri ini. Devil May Cry dilaporkan akan mula dikeluarkan pada awal 2022 dengan 8 episod, dan belum ada tarikh keluaran yang disahkan.

Untuk info yang lebih banyak mengenai Devil May Cry, anda boleh melayari laman ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiDevil May Crynetflix
Previous Post

Kodansha akan mengadakan pertandingan untuk pembangunan game Fairy Tail!

Next Post

[Review] Nintendo Switch OLED – Paparan visual yang lebih terang dan menarik!

Next Post
[Review] Nintendo Switch OLED – Paparan visual yang lebih terang dan menarik!

[Review] Nintendo Switch OLED - Paparan visual yang lebih terang dan menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd