Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Dandadan Mula Tayangan Pada 4 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Dandadan Mula Tayangan Pada 4 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak tahun lepas, ramai peminat, termasuk saya, tahu bahawa anime Dandadan akan ditayangkan pada Oktober 2024. Namun, tarikh tayangan tepat tidak pernah didedahkan sehingga hari ini. Akhirnya selepas menunggu sekian lama, anime Dandadan disahkan akan disiarkan di seluruh dunia pada 4 Oktober 2024.

Seeing is believing. 👀

Take a glimpse of all the chaos yet to come in DAN DA DAN’s latest trailer!

Worldwide streaming starts on October 4th, 2024 at 1:00am JST!! 👻😈#DANDADAN pic.twitter.com/R5I8bHsEYp

— DAN DA DAN Anime EN (@animeDANDADANen) August 19, 2024

Untuk meraikan pengumuman tarikh tayangan, halaman media sosial rasmi mereka telah berkongsi trailer baharu yang menampilkan lagu opening “Otonoke” oleh Creepy Nuts. Bukan itu sahaja, trailer baharu juga menunjukkan beberapa adegan tambahan termasuk bahagian-bahagian aksi yang tidak pernah dipamerkan dalam trailer atau teaser sebelum. Berikut adalah versi YouTube:

Manga Dandadan ciptaan Yukinobu Tatsu telah lama berjalan di laman dan aplikasi Shōnen Jump+ sejak 2021, tetapi telah berkembang dengan drastik pada tahun lepas selepas pengumuman adaptasi anime.

Anime ini akan diuruskan oleh Science Saru dan diarahkan oleh Fūga Yamashiro, dengan skrip oleh Hiroshi Seko, reka bentuk watak oleh Naoyuki Onda, reka bentuk entiti supernatural dan ghaib oleh Yoshimichi Kameda, dan muzik oleh Kensuke Ushio.

Kredit: ©龍幸伸/集英社・ダンダダン製作委員会

Kami tahu Netflix akan menayangkan siri ini di Malaysia pada tarikh 4 Oktober 2024, tetapi saya kurang pasti jika Muse Communication akan melakukan perkara yang sama, memandangkan masih tiada pengumuman rasmi walaupun mereka memegang lesen untuk siri ini di rantau Asia-Pasifik.

Sinopsis

Kredit: ©龍幸伸/集英社・ダンダダン製作委員会

Ini adalah kisah tentang Momo, seorang gadis sekolah menengah yang berasal dari psikik, dan rakan sekelasnya Okarun, seorang fanatik ilmu okultisme. Selepas Momo menyelamatkan Okarun daripada dibuli, mereka mula berbual. Namun, pergaduhan berlaku antara mereka kerana Momo percaya hantu tetapi menafikan makhluk asing wujud, manakala Okarun percaya makhluk asing tetapi menafikan hantu wujud.

Untuk membuktikan antara satu sama lain apa yang mereka percaya adalah benar, Momo pergi ke hospital terbiar di mana UFO telah dikesan dan Okarun pergi ke terowong yang dikhabarkan berhantu. Yang mengejutkan mereka, masing-masing menghadapi aktiviti paranormal luar biasa yang melampaui pemahaman manusia. Semasa kejadian ini, Momo membangkitkan kuasa tersembunyi dan Okarun memperoleh kuasa sumpahan untuk mengatasi bahaya ini! Cinta mereka yang ditakdirkan bermula juga!?

Kisah pertempuran ghaib dan remaja bermula!

Kredit: ©龍幸伸/集英社・ダンダダン製作委員会

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Dandaman, manga popular itu boleh dibaca sekarang di Manga Plus!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDandadan
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy XVI Datang Ke PC Pada 17 September!

Next Post

Nintendo Museum Dibuka Oktober 2024 – Belajar Sejarah Melalui Pameran Interaktif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Nintendo Museum Dibuka Oktober 2024 – Belajar Sejarah Melalui Pameran Interaktif!

Nintendo Museum Dibuka Oktober 2024 - Belajar Sejarah Melalui Pameran Interaktif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd