Selepas pengumuman tayangan anime Chainsaw Man dibuat, mesti ramai peminat yang ternanti-nantikan jika anime tersebut akan dibawa ke Malaysia. Maklumlah bukan senang untuk dapatkan lesen untuk tayangan anime, lebih-lebih lagi platform Crunchyroll hanya menyediakan anime Naruto sahaja. Berita baiknya, studio MAPPA telah umumkan kolaborasi dengan Medialink Group untuk mengedarkan anime tersebut di beberapa negara Asia termasuklah Malaysia.

Kalau anda ingin tahu, Medialink Group ini merupakan pemilik kepada Ani-One Asia. Jadi, kemungkinan besar kita akan dapat menontonnya di Youtube nanti. Apapun, segala maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini akan diumumkan kemudian. Bukan setakat anime sahaja yang mereka boleh edarkan, ia termasuk dengan merchandise. Bolehlah dapatkan merch rasmi Chainsaw Man selepas ini.

“Medialink teruja untuk membawa anime yang sangat dinanti-nantikan daripada MAPPA ke [seluruh] Asia. Kami percaya peminat anime kami juga teruja seperti kami, dan Chainsaw Man ialah salah satu tajuk yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2022 oleh komuniti peminat di seluruh rantau ini, dan pastinya akan mencipta gelombang hit yang besar. Medialink dan MAPPA akan terus menyediakan tajuk anime terbaik kepada peminat anime, dan pasaran umum.”
Lovinia Chiu, Pengerusi dan CEO Medialink Group

Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sebelum Chainsaw Man diterbitkan, Fujimoto amat terkenal dengan siri Fire Punch. Mangaka tersebut juga telah melepaskan satu manga one-shot bertajuk Goodbye, Eri. Anda boleh baca manga itu melalui MangaPlus.
Berikut adalah sinopsis rasmi dan trailer untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post