Mesti ramai antara anda sudah tidak sabar untuk menonton anime Chainsaw Man yang akan tiba tidak lama lagi. Melalui pengumuman rasmi di Twitter, anime Chainsaw Man akan ditayangkan pada 11 Oktober ini di Jepun. Berita baiknya, penonton di Malaysia juga akan boleh menontonnya tetapi pada 18 Oktober.
Kalau anda ingin tahu, Ani-One Asia telah berkolaborasi dengan MAPPA untuk tayangan anime tersebut. Ini bermakna siri Chainsaw Man akan tersedia di Youtube tetapi anda perlu menjadi “member” atau senang cerita ahli khas untuk menontonnya nanti. Harganya juga tidaklah mahal hanya RM 7.50 sebulan dan kesemua anime premium pada bulan itu akan dapat ditonton.

Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sekarang ini, bahagian kedua untuk siri manga telah pun bermula dan tersedia untuk dibaca secara percuma melalui MangaPlus.
Berikut adalah sinopsis rasmi dan trailer untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post