Bagi kebanyakan anggota komuniti, ‘filler arc’ dalam sesebuah anime mungkin dianggap sebagai sesuatu yang membosankan. Naruto pun tidak terkecuali dan merupakan salah satu media yang tidak asing dengan dunia ‘filler’ untuk adaptasi animenya. Selama bertahun-tahun, kami telah melihat beratus-ratus episod berunsur filler di Naruto, Naruto: Shippuden, dan Boruto: Naruto Next Generations yang telah membawa watak utama ke beberapa situasi yang tidak pernah dilihat dalam manga. Kini, anime Boruto mungkin akan meneruskan kisah dengan filler arc yang mengisahkan ‘Chunin Exam’.

Di anime Boruto: Naruto Next Generations episod 220, kita dapat melihat keadaan menjadi aman semula selepas wira kita mengalahkan Isshiki. Dalam episod ini, Naruto memberitahu Shikamaru bahawa dia ingin mengadakan ujian Chunin baru, untuk menggantikan ujian yang terpaksa dihentikan oleh serangan Momoshiki. Walaupun ini bukanlah pengesahan rasmi tetapi anime sudah semakin menghampiri versi manga, jadi agak masuk akal jika mereka ingin berhenti mengadaptasikan kandungan manga buat masa ini.

Boruto amat dikenali dengan kandungan filler, tetapi janganlah terlalu kecewa. Dari segi positif, ia memberi kita pandangan yang lebih mendalam untuk beberapa watak yang tidak dijelaskan dalam manga. Ini pun sangat penting memandangkan senarai watak dalam siri Boruto sangat ramai. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk menunjukkan kemajuan mereka, malah juga memberi “ruang untuk bernafas” setelah apa yang terjadi kepada Naruto dan Sasuke.

Jika anda tidak suka filler, itu pun tidak mengapa. Walaupun sesetengah dianggap ‘canon’, filler anime tidak perlu ditonton 100%. dan lebih untuk peminat yang ingin tahu apa yang berlaku dari A sampai Z. Apa pendapat anda tentang filler arc Chunin Exam untuk anime Boruto: Naruto Next Generations? Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post