Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Blue Lock Season 2 Akan Datang Oktober 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Blue Lock Season 2 Akan Datang Oktober 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Blue Lock sah akan kembali untuk Season 2 pada hujung tahun ini. Berita ini diumumkan di akaun Twitter rasmi yang mengesahkan bahawa anime bola sepak itu akan memulakan debut musim kedua pada Oktober 2024.

🔥⚽\TVアニメ第2期情報/⚽🔥

◤ TVアニメ第2期
 2024年10月放送開始!◢#ノ村優介 先生からサプライズで2期放送時期決定お祝いイラストも到着!

まだまだ劇場版 #エピ凪 で盛り上がりながら2期も楽しみにしててください!!https://t.co/9yB5xlQH3v#ブルーロック #エゴい #凪世界一 (P有澤) pic.twitter.com/G8fzn9KqQc

— 「ブルーロック」TVアニメ公式|第1期&第2期好評配信中! (@BLUELOCK_PR) May 6, 2024

Tarikh tayangan khusus Blue Lock Season 2 tidak diumumkan lagi, tetapi berita tentang bulan keluaran pun cukup menarik untuk peminat yang tidak sabar-sabar untuk kembali ke padang. Pengumuman itu disertakan dengan ilustrasi oleh artis manga Yusuke Nomura, yang menghasilkan manga original untuk siri itu.

Kredit: Kodansha

Pada masa yang sama, filem anime Blue Lock -Episode Nagi- juga sedang ditayangkan sekarang di Jepun dan memfokuskan kepada Nagi Seishiro, sebelum dia memasuki fasiliti Blue Lock yang kejam.

Tentang Blue Lock

Berdasarkan manga dengan nama yang sama oleh Muneyuki Kaneshiro dan Yusuke Nomura, Blue Lock sebenarnya sangat popular di kalangan peminat sukan kerana mengubah formula yang selalu dilihat di dalam kisah bola sepak biasa. Kerana itu, tidak heranlah ramai yang teruja untuk menonton versi anime.

Menurut sinopsis:

“Kisahnya bermula dengan penyingkiran Jepun daripada Piala Dunia FIFA 2018, yang mendorong Persatuan Bola Sepak Jepun untuk memulakan program bagi mencari pemain sekolah menengah yang akan memulakan latihan sebagai persiapan untuk Piala 2022.

Isagi Youichi, seorang penyerang, menerima jemputan untuk program ini sejurus selepas pasukannya gagal mara ke peringat Nationals kerana dia menghantar bola kepada rakan sepasukannya yang kurang mahir —yang sepakannya tersasar—tanpa cuba membuat gol untuk mengubah nasib perlawanan.

Jurulatih mereka ialah Ego Jinpachi, yang berhasrat untuk “memusnahkan bola sepak Jepun” dengan memperkenalkan rejimen latihan radikal iaitu: mengasingkan 300 penyerang muda dalam institusi ala penjara bernama “Blue Lock” dan mewajibkan mereka melalui latihan ketat untuk mencipta “penyerang egois terhebat di dunia.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeanime.Blue Lock Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Anda Tidak Perlu Buat Akaun PSN Untuk Main Helldivers 2 Di PC Lagi, PlayStation Ubah Peraturan

Next Post

Gaming Laptop MSI Crosshair 16 HX Monster Hunter Edition Kini Tersedia Untuk Pre-Order Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Gaming Laptop MSI Crosshair 16 HX Monster Hunter Edition Kini Tersedia Untuk Pre-Order Di Malaysia

Gaming Laptop MSI Crosshair 16 HX Monster Hunter Edition Kini Tersedia Untuk Pre-Order Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd