Untuk semua peminat anime di Malaysia, anda kini boleh menonton filem anime penuh Black Jack: The Movie (1996) di halaman Youtube rasmi MUSE Malaysia! Boleh ditonton bermula Hari Merdeka, 31 Ogos 2021, filem ini adalah berdasarkan siri manga Jepun sama yang ditulis dan dilukis oleh Osamu Tezuka pada tahun 1970-an.
Untuk kawan-kawan yang tidak tahu, Black Jack merupakan manga kedua paling terkenal oleh Tezuka, selepas Astro Boy dan pada tahun 1977, berjaya memenangi Anugerah Kodansha Manga pertama untuk kategori shōnen. Selepas menerima sambutan yang tinggi, adaptasi filem anime bertajuk Black Jack: The Movie telah dihasilkan oleh Osamu Dezaki. Filem ini kemudian memenangi anugerah Filem Animasi Terbaik di Mainichi Film Awards pada tahun 1996. Sejak itu, ia menjadi manga terlaris oleh Tezuka dengan lebih dari 176 juta salinan dalam edaran serta menjadikannya siri manga ke-6 paling terlaris dalam sejarah.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk filem menurut Muse Malaysia:
Joe Carol Brane cuba mengupah Doktor Black Jack untuk mencari penawar bagi kelahiran kemampuan manusia luar biasa di mana ia dikeluarkan oleh syarikatnya yang menjadikan ia mencapai tahap ‘kerosakan’ tinggi hingga menyebabkan mati.
Ubat-ubatan itu sememangnya memberikan kesan lebih baik bagi meningkatkan kemampuan kita dalam kelajuan, pemikiran, dan lain-lain lagi, namun ia membawa kesan buruk sebaik mereka dapat tahu perkara sebenar. Mampukah Doktor Black Jack membantu Carol bagi mencari penawar kesan ubatan ini.

MUSE Malaysia pula ialah syarikat penyiar anime rasmi di mana peminat boleh menonton anime terkini dengan penambahan sari kata melayu dan merupakan salah satu cara untuk menonton anime secara percuma. Untuk menonton, mudah saja! Anda hanya perlu pergi ke halaman rasmi Youtube mereka. Selain Black Jack: The Movie, anda juga boleh menonton JoJo’s Bizarre Adventure Season 1 hingga Season 4, Kemono Jihen, TALENTLESS NANA, Tokyo Revengers dan lain-lain yang tersedia pada resolusi 720p di Youtube. Memang banyak pilihan untuk peminat anime di Malaysia! Jangan lupa subscribe ya untuk tunjuk sokongan anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post