Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Maira by Maira
June 27, 2022 - Updated on June 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!
Share on FacebookShare on Twitter

Kaguya-sama Love is War musim ke-3 baru sahaja tamat dengan episod terakhirnya yang ditayangkan selama sejam. Rata-rata semua peminat teruja dengan scene terakhir dalam siri anime tersebut. Mesti ramai antara anda juga tidak sabar untuk menonton sambungan kisah antara Miyuki dan Kaguya selepas ini.

Berita baiknya, staf produksi anime telah mengumumkan bahawa projek terbaru untuk siri anime Kaguya-sama: Love is War sedang dihasilkan. Sama ada ianya musim ke-4 atau projek animasi lain masih belum didedahkan. Nampaknya kenalah tunggu pengumuman lanjut daripada mereka nanti.

「かぐや様は告らせたい」
新作アニメーション、制作決定——#かぐや様 pic.twitter.com/miqc9KVTNZ

— アニメ「かぐや様は告らせたい」公式 (@anime_kaguya) June 24, 2022

Bukan setakat itu sahaja, episod akhir musim ke-3 itu juga telah menaikkan ranking siri tersebut sehingga mengalahkan anime Fullmetal Alchemist: Brotherhood (FMAB), yang selama ini kekal di tangga pertama di MyAnimeList (MAL). Rata-rata peminat anime juga tahu, bagaimana sistem review dalam MAL, kita tengok sahajalah apa yang akan berlaku pada senarai ranking ini.

Lebih menarik lagi, ada satu khabar angin yang mengatakan bahawa siri manga Kaguya-sama: Love is War akan tamat dalam 14 bab lagi. Ia tidaklah begitu pelik memandangkan manganya juga sudah lama memasuki arc terakhir dan menunggu masa sahaja untuk tamat. Buat masa ini, siri manga tidak tersedia secara rasmi di mana-mana platform dalam talian, tetapi berkemungkinan besar akan tersedia di MangaPlus kerana platform itu sedang menjalankan survey untuk membawa lebih banyak tajuk manga hebat!

https://twitter.com/sneakypcr/status/1540693510155804672?s=20&t=GYasl-CypP835P8lYOBgcw

Siri manga ini dihasilkan oleh Aka Akasaka pada 2015 dan masih lagi berlangsung sehingga kini. Berikut adalah sinopsis untuk Kaguya-sama: Love is War:

Sebagai pemimpin majlis pelajar akademi mereka yang berprestij, Kaguya dan Miyuki adalah golongan elit! Tetapi ia agak sunyi berada di atas… nasib baik bagi mereka, mereka telah jatuh cinta! Hanya ada satu sahaja masalah – Mereka berdua terlalu bangga untuk mengakuinya. Maka bermulalah rancangan harian mereka untuk mendapatkan sesuatu untuk menyatakan perasaan mereka terlebih dahulu…

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKaguya-sama: Love is warmanga
Previous Post

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada 1 Oktober ini, Visual baru juga didedahkan!

Next Post

CDPR tuduh syarikat QA sebagai punca kegagalan Cyberpunk 2077

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
CDPR tuduh syarikat QA sebagai punca kegagalan Cyberpunk 2077

CDPR tuduh syarikat QA sebagai punca kegagalan Cyberpunk 2077

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd