Attack on Titan adalah salah satu anime Jepun yang paling popular buat masa sekarang di mana musim pertama anime membuat debut pada tahun 2013 dengan jumlah 25 episod. Sejak itu, AOT telah mengeluarkan 3 lagi musim sekuel dan secara langsung telah menjadi fenomena dengan jumlah berjuta-juta penonton. Berita baik untuk semua peminat hari ini kerana syarikat Pony Canyon telah mengumumkan bahawa anime Attack on Titan Season 4 Part akan datang pada Januari 2022!
Akaun Youtube rasmi Pony Canyon mengejutkan komuniti anime dengan memuat naik teaser pendek berdurasi 34 saat untuk AOT Season 4 Part sambil mengesahkan yang episod pertama akan ditayangkan pada tarikh 10 Januari 2022. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya kami mempunyai tarikh yang tepat untuk sambung melihat kesudahan Eren.
Video baru ini mempunyai beberapa adegan yang kita tidak pernah lihat, termasuk sekilas pandang untuk pertarungan akan datang antara Eren dan Armor Titan. Ada juga adegan di mana Levi tercedera dalam video terbaru.

WIT studio melakukan kerja yang bagus untuk tiga musim pertama Attack on Titan. Namun, MAPPA (studio yang juga bekerja untuk Jujutsu Kaisen dan Chainsaw Man) telah mengambil alih bagi bahagian animasi untuk musim keempat anime. Attack on Titan Season 4 pertama kali ditayangkan di Jepun pada bulan Disember 2022. Sama seperti musim sebelum, MAPPA mengesahkan bahawa musim terakhir AOT akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama Season 4 berakhir dengan episod 16 pada pertengahan bulan Mac tahun ini.
Mesti ramai orang yang teruja untuk melihat kesimpulan Attack on Titan tahun depan. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh berpuas hati dengan teaser pendek sahaja buat masa ini. Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post