Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Angkara serangan One-Shot di LoL, Streamer Twitch telefon Pembangun Riot Games!

Maira by Maira
April 8, 2022
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Angkara serangan One-Shot di LoL, Streamer Twitch telefon Pembangun Riot Games!
Share on FacebookShare on Twitter

Game League of Legends (LoL) masih lagi salah satu game popular dari pembangun Riot Games dan ia semakin meningkat selepas animasi original, Arcane ditayangkan. Ia juga merupakan game yang banyak distrim di pelbagai platform seperti Twitch dan Youtube. Kadang-kadang ada juga streamer LoL ini buat perkara-perkara yang pelik seperti menelefon pembangun LoL di Riot Games. Mari kami ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Baru-baru ini, seorang streamer Twitch, Emiru menstrim game LoL seperti biasa. Dia telah menggunakan champion Jhin semasa perlawanan tersebut. Elok dipertengahan perlawanan, dia telah dikejutkan dengan kehadiran champion musuh, Viego yang telah membunuhnya secara one-shot.

Emiru yang terkilan dengan serangan hendap itu telah menelefon salah seorang pembangun di Riot Games. Pembangun tersebut ialah August Browning, Lead Champion Developer untuk League of Legends. Setelah dapat berhubung dengan pembangun itu, dia telah merungut mengenai Viego serta cara champion itu boleh one-shot nya.

Penonton semasa strim itu juga boleh mendengar perbualan antara Emiru dan August kerana streamer itu telah membuka “loud speaker”. August yang ramah menjawab sahaja pertanyaan yang diujakan oleh Emiru dan memberikan beberapa sebab mengapa Viego di reka sedemikian. Bukan setakat itu sahaja, August dengan berjenaka mengatakan dia mereka Viego untuk mengganggu game yang dimain Emiru.

Walaupun menerima banyak aduan daripada Emiru, pembangun itu hanya ketawa dan berkata bahawa itulah apa yang dilakukan oleh pemain ADC. Apapun, perbualan antara streamer dan pembangun ini agak melucukan. Rata-rata penonton juga agak terhibur dengan situasi itu. Kalau anda ingin melihat stream tersebut, boleh klik pada pautan ini. Anda boleh skip sehingga 04:06:30 untuk menonton perbualan tersebut.

Macam-macam perangai para streamer ini. Terhibur pun ada juga. Apapun, kalau anda ingin dapatkan liputan lain mengenai LoL, sila klik pautan ini.

Sumber: Gamebrott

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: August BrowningEmiruLeague of legendsViego
Previous Post

Need for Speed terbaru mungkin dikeluarkan untuk konsol next-gen sahaja

Next Post

[Review] Drive My Car – Sebuah filem dengan penggunaan bahasa yang hebat

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Drive My Car – Sebuah filem dengan penggunaan bahasa yang hebat

[Review] Drive My Car - Sebuah filem dengan penggunaan bahasa yang hebat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd