Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai permainan multiplayer yang kini menjadi kegemaran pemain PC dan Mobile betul tidak? Walaupun sudah keluar beberapa tahun lalu, baru tahun ini permainan Among Us dari InnerSloth melonjak naik dengan ramai pemain di serata dunia sehigga tercalon di The Game Awards 2020! Tetapi pernah tidak terfikir andai kata Among Us bukan sahaja ada di platform PC dan Mobile? Cuba bayangkan ianya hadir dalam versi pixel atau sebenarnya menjadi permainan di Game Boy?!
Nampaknya bayangan tersebut telah dimakbulkan oleh seorang animator, streamer juga YouTuber bernama “LumpyTouch” merealisasikannya! Dia telah mencipta animasi seni piksel yang mengagumkan untuk Among Us dan mengongsikannya pada peminat-peminat apa yang boleh terjadi sekiranya ia dilancarkan pada tahun 1990 dan bukannya pada tahun 2018.
Jom usha videonya di bawah ini;
Uishh! Memang smart lah betul tidak? Video hasilan versi Game Boy dapat dilihat di atas ini merupakan “throwback” generasi yang sangat menarik. Ini menunjukkan pemain berbilang pemain dengan kabel pautan ikonik dan bahkan muzik chiptune yang diberikan sangat sesuai, dengan trek yang diambil dari permainan dengan getaran seperti Metroid II, Killer Instinct dan Alien 3.
Anda bahkan dapat melihat urutan perbincangan atau “Discussion” menjelang akhir video yang dilakukan melalui teks dan tanpa sembang suara, kerana, anda tahu, memang tidak ada sembang suara atau permainan dalam talian yang betul untuk konsol permainan Nintendo dahulu. Lagi pun Among Us yang kini pun kita sembang pakai Discord kan!
Among Us adalah permainan pemotongan sosial berbilang pemain dalam talian yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio permainan Amerika Innersloth dan dilancarkan pada 15 Jun 2018. Permainan ini berlangsung dalam suasana bertema ruang, di mana pemain masing-masing mengambil salah satu daripada dua peranan, kebanyakannya adalah Crewmates dan nombor yang telah ditentukan adalah Imposter.
Jadi, memang menarik kan versi Game Boy ini? Kalau anda nak sokong Lumpy Touch, anda boleh ikutinya juga di Twitch dan Patreon. Apa pendapat anda mengenai versi Among Us Game Boy ini? Adakah anda membencinya? Atau anda menyukainya? Beritahu kami di ruangan komen sosial media kami. Juga jangan lupa ikuti segala berita mengenai Among Us di sini.
Sumber: twinfinite, Lumpy Touch

@gamersantaimy
Discussion about this post