Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Among Us akhirnya menambah peta baru ‘The Airship’ dalam permainan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2021
in Android, Artikel, Berita, Game Online, iOS, Mobile, Multiplayer, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Among Us akhirnya menambah peta baru ‘The Airship’ dalam permainan!
Share on FacebookShare on Twitter

InnerSloth memperkenalkan peta ‘The Airship‘ untuk Among Us pada bulan Disember tahun lalu semasa acara The Game Awards 2020, dan pada masa yang sama, menampilkan sebuah trailer tayangan perdana yang memberitahu peta itu akan keluar pada awal 2021. Ramai peminat menganggap ia akan dikeluarkan sekitar bulan Januari atau awal Februari, tetapi ternyata peta itu tidak akan sampai sehinggalah akhir bulan Mac pada 31 Mac (1 April di Malaysia). Selepas sekian lama menunggu, akhirnya ia tiba, dan seperti yang dijanjikan, InnerSloth berjaya mengeluarkan peta baru ‘The Airship‘.

Peta Airship dilancarkan hari ini dan kini tersedia untuk semua pemain Among Us di seluruh dunia. Seperti yang diberitahu dalam kemas kini InnerSloth, peta ini mempunyai tugas baru dan kawasan untuk untuk diterokai. Kemas kini juga memperkenalkan skin dan topi Among Us baru untuk pemain menyesuaikan avatar mereka. Versi berbayar untuk skin ini dilengkapi dengan animasi “membunuh” baru. Fitur akaun peribadi yang ditunggu-tunggu juga telah tiba.

Peta Airship adalah yang peta terbesar di Among Us buat masa ini, dengan 19 lokasi untuk pemain kunjungi. Antara lokasi yang pemain pasti tahu termasuk “Electrical, Communications, dan Security“. Segala lokasi lain adalah baru, dan selepas tamatnya “mesyuarat”, pemain dapat memilih di mana mereka ingin muncul di peta.

What's in our future plans for Among Us?

🚀 Full art style revamp
🚀 Bigger lobbies – up to 15 players
🚀 More transparency & updates

Get all the info on the latest update and plans on our dev log: https://t.co/lLTZu6Iq3E pic.twitter.com/PJpsIfInQA

— Among Us (@AmongUsGame) March 31, 2021

Dengan pelancaran peta Airship, InnerSloth mengambil kesempatan untuk menjelaskan tentang masa depan Among Us. Pertama, gaya seni permainan diubahsuai sepenuhnya. Kedua, InnerSloth akan menambah lobi yang lebih besar tidak lama lagi, untuk meningkatkan jumlah maksimum pemain dari 10 hingga 15. Akhir sekali, InnerSloth akan lebih jujur pada masa akan datang kerana kekurangan kemas kini di peta The Airship.

Among Us kini boleh didapati di Android, iOS, PC, dan Switch manakala versi Xbox One dan Xbox Series X/S akan datang pada tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Among Us
Publisher: Innersloth
Developer: Innersloth
Release Date TBC
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
Main dalam talian atau melalui WiFi tempatan dengan 4-10 pemain semasa anda berusaha menyiapkan kapal angkasa untuk berlepas, tetapi berhati-hatilah kerana seseorang menjadi penyamar yang berusaha membunuh semua orang! Nikmati cross-play antara PC, Android dan iOS!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Among UsindieInnerSlothmappetaThe Airship
Previous Post

Dapatkan Days Gone PERCUMA untuk PS Plus April ini!

Next Post

PUBG Lite ditutup bermula 29 April ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
PUBG Lite ditutup bermula 29 April ini!

PUBG Lite ditutup bermula 29 April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd