Dibangunkan oleh Forbidden Studios, Among the Trolls merupakan game first person survival action adventure di mana misteri pelik di hutan Finland terbongkar. Sebagai Alex atau Anna, anda yang mengembara dari A.S. ke Finland untuk melawat datuk dan nenek yang tinggal di kabin terpencil, terletak di antara pokok yang tinggi. Apabila anda mendapati kabin tersebut telah ditinggalkan malah datuk dan nenek telah hilang. Anda akan ditarik ke dunia mitologi Nordik dan kenangan zaman kanak-kanak bersama orang tersayang.
Mulakan usaha untuk mencari datuk dan nenek anda yang hilang dan belajar bagaimana untuk terus hidup di hutan belantara, berurusan dengan makhluk ghaib mitologi Finland dan sifat animisme dunia. Ikuti jejak langkah datuk anda dan temui penyanyi rune didalamnya..

Berikut adalah ciri-ciri penting Among the Trolls:
- Cerita rakyat Finland: Alami dan terokai dunia luas yang penuh dengan cerita rakyat Finland, mitologi dan sihir shaman purba.
- Cari asal usul anda: Mulakan pengembaraan yang memperkasakan sambil anda mencungkil masa lalu anda dan bersedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehilangan misteri datuk dan nenek anda.
- Survival: Bina, menetap dan bertahan di kawasan pedalaman Finland yang indah tetapi kadangkala begitu aman, gunakan kemahiran anda untuk menemui rahsia nenek moyang anda.
- Magical Attribute: Dapatkan Sisu (Grit), Väki (Magic) dan Lykky (Luck), yang merupakan kunci untuk bertahan dalam kalangan troll. Ketahui sifat purba ini mempengaruhi dan berkait dengan sifat watak lain dan dengan persekitaran sekeliling, tindakan pemain, sumber semula jadi dan makhluk ghaib.
- Pengalaman audiovisual: Masuk ke dunia 3D yang direka dengan indah, menggabungkan nostalgia, keanehan, serta peralatan moden dan kuno, digabungkan dengan bunyi alam Nordic yang akan membuatkan anda ingin kekal selama-lamanya dalam kalangan troll.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat sesi temu ramah ringkas bersama-sama pembangun mengenai Among the Trolls. Pelbagai maklumat baru juga telah didedahkan oleh mereka. Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil daripada sesi tersebut.
Bolehkah game ini dimainkan bersama rakan secara co-op?
Among the Trolls akan sokong co-op multiplayer sehingga empat pemain, dan seluruh mode cerita juga disertakan. Jadi, anda boleh mainkan mode tersebut bersama rakan anda. Di samping itu, semasa akses awal akan menguji dan membangunkan pelbagai jenis mode survival dan cabaran berbeza.
Apakah peranan Troll dalam game ini?
Dunia game itu sendiri adalah milik troll dan penduduk hutan yang lain, malah sebahagiannya terdiri daripada mereka. Pada pandangan dunia animistik Nordic purba, semua ini hanyalah sebahagian daripada dunia dan persekitaran, tetapi troll itu sendiri berfungsi seperti watak NPC: mereka adalah sebahagian daripada jalan cerita, dan mereka bukan musuh semata-mata, tetapi pemain akan membantu mereka dan dibantu kembali. Jadi, kami ingin mengambil bahagian dalam menjadikan troll bukan sahaja musuh, seperti yang sering berlaku dalam banyak game, tetapi sebaliknya, mereka adalah sebahagian daripada dunia itu sendiri.

Apakah unsur-unsur cerita rakyat Finland lain yang akan dimasukkan ke dalam game?
Dalam survival, kami mempunyai tiga atribut tambahan untuk pemain dari cerita rakyat Finland: mereka ialah Väki, Lykky dan Sisu. Väki ialah satu form yang kuat daripada alam semula jadi; jadi ada Väki kematian, ada Väki api, air, dan sebagainya – dan ini adalah satu perkara yang diambil dari cerita rakyat.
Satu lagi ialah Lykky (sebutan: “Lookku”), yang merupakan satu bentuk “tuah” – dan terdapat jumlah yang sangat spesifik. Dalam game, Lykky diikat bersama-sama dengan cupstone dan ia adalah cara untuk menggembirakan penduduk hutan; jika anda benar-benar bernasib malang di kawasan tertentu, anda akan mengembalikan tuah itu dengan melakukan pengorbanan, dan itu akan mengimbangi keseluruhan game, untuk mengembara di kawasan tersebut.
Yang terakhir ialah Sisu (sebutan: “seesoo”), iaitu satu bentuk ketahanan dalaman dalam diri anda yang berfungsi seperti buff dalam game, dan yang membolehkan anda mengharungi situasi yang sukar. Dari cerita rakyat, kita juga mempunyai makhluk Hiisi, haiwan yang buas yang berkeliaran di hutan.

Boleh ceritakan sedikit mengenai ciri crafting dan building?
Dengan sistem crafting, ianya agak sama dengan game survival yang lain, tetapi kami telah melihat lebih banyak kraf purba dan mengambil inspirasi tentang cara melakukannya di dunia sebenar. Contohnya, cara anda merebus atau mengeringkan gam sulingan. Jadi, kami cuba lakukan segala-galanya serupa dengan dunia sebenar.
Untuk sistem building pula, selepas Valheim muncul setahun lalu, kami menyukai suasana Viking itu, kami suka membina sesuatu di dalam hutan dan sangat menyukai sistemnya. Jadi, kami mengambil sedikit inspirasi daripadanya, dan bagaimana untuk menjadikan building itu seronok. Oleh itu, ia tidak sepatutnya mengambil terlalu banyak masa, dan anda sepatutnya boleh membina struktur dengan rakan-rakan anda, dan pendekatan untuk building ini “berasaskan blue-print”, di mana salah seorang pemain boleh menjadi arkitek yang mereka bentuk pelbagai benda dan bagaimana ia diletakkan, manakala pemain lain akan mendapatkan sumber dan bina struktur tersebut. Kami ingin promosikan aspek “bermain bersama” dalam game,
Anda boleh memburu menggunakan senjata primitif yang anda buat sendiri. Busur, pisau, kapak, tombak, dan sebagainya. Semasa akses awal, kami akan memasukkan lebih banyak senjata, perangkap dan memancing juga. Anda juga akan mempelajari puisi ejaan yang akan membantu dalam pemburuan.

Among the Trolls akan tersedia sebagai game akses awal. Bagaimana rupa game ini antara versi akses awal dan pelancaran 1.0? Macam mana pula road map game ini?
Game ini dibahagikan kepada empat bab. Dengan pelancaran akses awal, kami akan mengeluarkan bab satu. Selepas itu, kira-kira setiap enam bulan, kami merancang untuk mengeluarkan bab dua, tiga dan empat, satu demi satu. Semuanya untuk mengembangkan dunia dan cerita. Akan ada lebih banyak perkara untuk dibuat, dibina, lebih banyak pencarian dan lebih banyak watak NPC. Akan ada sebuah bandar kecil yang akan datang, dan kami juga akan mempunyai beberapa aktiviti memancing dan pertanian juga, dan banyak lagi.
Among the Trolls dijangka keluar pada tahun ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post