Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki bakal ditayangkan pertengahan tahun ini!

safwan by safwan
May 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki bakal ditayangkan pertengahan tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sunrise Beyond akhirnya mengumumkan yang AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki akan mengeluarkan 6 episod dan akan ditayangkan bermula pada pertengahan tahun ini (musim panas).

Kredit: Sunrise Beyond

Mereka juga telah mengeluarkan satu visual poster dengan membawa satu tagline yang berbunyi “Ia berakhir di pulau ini. Ia bernafas dari pulau ini.”

Siri anime ini akan memperkenalkan pelbagai watak-watak baharu dan mecha baharu. Berikut adalah senarai watak utama dan mecha yang akan muncul di dalam siri 6 episod ini:

Watak

Jin Misawa
Grady Ellison
Ibuki Chinen
  • Jin Misawa – Seorang askar upahan dan veteran berusia 35 tahun dengan kemahiran memandu kelas pertama. Dia datang ke pulau itu untuk membantu “Hinukan,” sebuah pertubuhan penentangan.
  • Ibuki Chinen – Seorang juruterbang AMAIM berusia 23 tahun dan ahli “Hinukan”, yang dahulunya merupakan sebahagian daripada organisasi penentangan yang berpangkalan di Kyushu.
  • Yamapi – AI untuk AMAIM yang dikhabarkan telah dibangunkan oleh seorang remaja di Eropah
  • Grady Ellison – Pegawai utama dan komandan North American Alliance’s squadron “Gigantic Thunder.”

Mecha

Protogōyō
Gōyōcustom
Aaronrhino
  • Protogōyō – dipandu oleh Jin Misawa dengan AI Lambda
  • Gōyōcustom – dipandu oleh Ibuki Chinen dengan AI Yamapi
  • Aaronrhino – dipandu oleh Grady Ellison
Kredit: Sunrise Beyond

Siri anime ini telah dirancang dan diarahkan oleh animator dan pereka mecha terkenal iaitu Masami Obari. Kakitangan yang mengerjakan AMAIM Warrior at the Borderline akan kembali untuk siri ini termasuk Noboru Kimura yang menyediakan skrip, Kenichi Ohnuki mereka watak, Rasmus Faber mengarang muzik, Ippei Gyobu, Kanetake Ebikawa dan Takayuki Yanase sebagai pereka mekanikal.

Buat masa sekarang, kami masih tidak pasti sama ada siri terbaru ini akan menjadi sebuah sekuel ataupun prekuel kepada siri anime AMAIM Warrior at the Borderline yang telah dikeluarkan pada 2021. Jika anda tidak mengenali siri ini, ia merupakan sebuah siri anime yang menceritakan tentang keadaan di Jepun pada tahun 2061 apabila negara mereka telah dijajah oleh beberapa negara lain dan diletakkan di bawah diskriminasi dan penindasan.

Sinopsis AMAIM Warrior at the Borderline

Kredit: Sunrise Beyond

“Kisah ini berlatarkan tahun 2061, dengan Jepun di bawah keadaan pendudukan oleh beberapa negara. Dunia, termasuk Jepun, telah disatukan di bawah pemerintahan empat blok perdagangan. Seluruh Nusantara kini menjadi barisan hadapan konflik. Orang Jepun hidup di bawah keadaan pendudukan dan penindasan yang berterusan, dengan mesin perang yang dipanggil AMAIM meronda di seluruh kawasan. “

“Seorang budak lelaki introvert muda bernama Amō Shiiba berpeluang bertemu dengan AI Gai dan pemerolehannya terhadap AMAIM Kenbu memulakan kisah yang akan menyaksikan dia cuba mengambil semula Jepun.”

https://youtu.be/MSp33jxnGSY

AMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki akan mulakan tayangan pada pertengahan tahun ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AMAIM Warrior at the BorderlineAMAIM Warrior at the Borderline: Kyokko no Soki
ShareTweetSend
Previous Post

Laman Web MyAnimeList Diserang! Semua Tajuk Anime Telah Berubah!

Next Post

Siri Animasi Lawak Kampus Sudah Dirasmikan! Boleh Ditonton Secara Percuma!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Siri Animasi Lawak Kampus Sudah Dirasmikan! Boleh Ditonton Secara Percuma!

Siri Animasi Lawak Kampus Sudah Dirasmikan! Boleh Ditonton Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd