Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Alpha test preview] World of Warcraft: Dragonflight – Meneroka dracthyr dan ciri baru!

Maira by Maira
July 15, 2022
in Artikel, Game, MMO, Multiplayer, Pandangan Pertama, PC, Preview
0 0
0
[Alpha test preview] World of Warcraft: Dragonflight – Meneroka dracthyr dan ciri baru!
0
SHARES
99
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

World of Warcraft: Dragonflight, pengembangan terbaru game WoW akan dilancarkan pada tahun ini. Kami telah diberi peluang untuk sertai ujian alpha tertutup Dragonflight dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman kami mengenainya. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang menanti kami semasa ujian alpha tertutup WoW: Dragonflight!

Mencipta Dracthyr tersendiri!

Kita telah diperkenalkan dengan Dracthyr semasa preview pertama Dragonflight berbulan yang lalu. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan race terbaru dan eksklusif untuk Evoker class sebagai kombo race/class pertama. Dracthyr juga mempunyai sayap yang membolehkan mereka untuk terbang malah terdapat pelbagai penyesuaian boleh dilakukan. Antaranya ialah warna tanduk, kesan pada badan, cara percakapan, aksesori dan banyak lagi. Cuma warnanya sahaja tidak begitu banyak untuk dipilih.

Semasa membina watak, kita boleh reka Dracthyr dalam bentuk draconic atau manusia (Visage). Malah anda juga boleh menggunakan bentuk mana yang anda suka sepanjang game. Beberapa perincian pada bentuk dragon juga boleh diberikan pada Visage pemain. Jadi nampaklah juga keunikannya sedikit.

Terbang di awangan dengan ciri Dragonriding

Terdapat satu buku spell, di mana kita boleh melihat kebolehan spesifik Dragonriding dan mastery untuk pejalanan. Dragonriding juga tidak tersedia pada mulanya sehinggalah anda menjumpai permata biru “vigor” yang merupakan sumber untuk kebolehan Dragonriding. Dengan kebolehan itu, anda boleh terbang dengan bebas dengan kelajuan masing-masing.

Ia memang hebat kecuali, ia tidak mempunyai animasi seperti game naga yang lain. Naga anda hanya menggelongsor di atas udara tanpa sayapnya digerakkan. Harap-harap semasa pelancaran Dragonflight nanti, Dragonriding akan lebih menyeronokkan. Dragonriding juga tidak boleh digunakan jika kita dalam bentuk dragon, jadi kenalah mengubah rupa bentuk dahulu.

Crafting

Bercerita tentang crafting, rasanya ada banyak benda yang kita boleh lakukan. Lebih-lebih lagi kalau anda memang sudah biasa dengan sistem crafting WoW. Kami tidaklah begitu mahir sangat jadi agak pening juga semasa mencubanya.

Untuk profesion secara khusus, anda mempunyai pilihan untuk mengkhususkan diri dalam satu item tertentu, jadi anda boleh menjadi pembuat helm terbaik yang pernah ada dan membuat pesanan yang dibuat oleh pemain lain.

User Interface

Seperti yang diperkenalkan semasa preview yang lalu, katanya UI akan dikemas kini. Kami mencuba HUD Edit mode sekejap. Boleh tahan juga editor-nya. Ianya nampak agak biasa, memang tidak pelik sebab ia masih lagi versi alpha. Kita boleh resize serta menyediakan templat tersendiri. Tetapi saya tidak sedar jika templat itu untuk akaun ataupun watak tertentu sahaja.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Secara keseluruhan, memang pelbagai benda yang boleh dibuat serta ditambah baik pada Dragonflight. Tetapi disebabkan ia hanya versi alpha, jadi sudah pasti lebih banyak benda lagi yang akan diperbaharui. Apapun, pengembangan WoW: Dragonflight sudah boleh pra-tempah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai World of Warcraft: Dragonflight, sila lawati laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DragonflightExpansionWorld of Warcraft: Dragonflight
Previous Post

“Impian tercapai!” – Konohamaru akhirnya jadi Hokage dalam episod terbaru Boruto!

Next Post

[Interview] World of Warcraft: Dragonflight bersama Ion Hazzikostas- Membawa perubahan baru kepada pemain!

Next Post
[Interview] World of Warcraft: Dragonflight bersama Ion Hazzikostas- Membawa perubahan baru kepada pemain!

[Interview] World of Warcraft: Dragonflight bersama Ion Hazzikostas- Membawa perubahan baru kepada pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd