Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alatan yang diperlukan untuk mulakan Live Stream di Facebook Live!

Daripada perisian hingga ke aplikasi.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2019 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Panduan, Pendapat, Produk, Streamer/influencer, Tips & Trick
0 0
0
Alatan yang diperlukan untuk mulakan Live Stream di Facebook Live!
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang tahu kita boleh live stream di Facebook Live daripada komputer. Kamu boleh live stream ke profil kamu, page kamu, group atau pada Event. Facebook membolehkan kita melakukan ini melalui laman web Facebook tetapi dalam artikel ini, saya akan menunjukkan kepada alatan yang diperlukan untuk bawa live stream kamu lebih jauh seperti perisian, perkakasan, dan aplikasi. Menarik kan? Ingin tahu? Teruskan membaca.

Perisian PC Percuma untuk Live Stream

Sekiranya kamu ingin live stream daripada komputer, kamu perlu menggunakan alat video streaming. Ini terdiri daripada aplikasi yang berfungsi di browser seperti Facebook sendiri, Streamyard, BeLive dan lain-lain atau aplikasi yang berfungsi pada Mac atau PC yang dikenali sebagai encoder.

Terdapat beberapa aplikasi yang berfungsi dengan Facebook Live, tetapi yang paling popular adalah OBS Studio, XSplit, FFSplit dan lain-lain. Saya akan menerangkan bagaimana untuk guna alat ini di artikel seterusnya. Berikut adalah perisian live stream percuma yang boleh dicuba:

  • OBS
  • Adobe Flash Media Live Encoder
  • FFSplit
  • XSplit

Kedua-dua OBS Studio dan XSplit boleh menggunakan banyak sumber yang berbeza untuk live stream seperti:

  • Lebih daripada satu webcam
  • Kamera DSLR
  • Imej dan video pada desktop
  • Kamera pada telefon pinter (melalui aplikasi IP Camera)
  • Paparan pada desktop
  • Window khusus pada desktop

Perisian ini menyokong pelbagai paparan pada masa yang sama (termasuk picture-in-picture) dan kamu boleh dengan mudah menetapkan pelbagai keyboard shortcut untuk transisi adegan yang menarik. OBS Studio dan XSplit membolehkan kamu live stream ke pelbagai pelantar media termasuk Facebook Live dan YouTube.

Internet yang Kuat dan Mampu Menyokong Live Stream

Live stream ke Facebook Live daripada OBS Studio atau XSplit memerlukan sambungan internet yang baik. Kamu memerlukan kelajuan internet yang cepat dan yang paling penting ialah kelajuan UPLOAD. Facebook sendiri kata kita harus mempunyai kelajuan Upload sekurang-kurangnya 3Mbps. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, saya mencadangkan kelajuan Upload sekurang-kurangnya 10Mbps agar tiada gangguan.

Kamera untuk Menampilkan Diri dan Mikrofon untuk Audio paling Jelas

Jika komputer kamu mempunyai webcam dan mikrofon yang padu, boleh saja terus mula live stream. Walau bagaimanapun, jika kamu ingin meningkatkan kualiti, saya cadangkan melabur dalam mikrofon yang lebih baik untuk audio yang lebih jelas dan jika modal membenarkan, sebuah kamera bagus jika kamu ingin menunjukkan diri ketika live stream.

Senarai Mikrofon Padu:

  • Zalman ZM-Mic1
  • Blue Snowball
  • Sony ECM-CS3
  • Antlion Mod Mic 5
  • Razer Seiren X

Senarai Kamera Mantap:

  • Logitech C920
  • Microsoft LifeCam HD-3000
  • Razer Kiyo
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: desktopFacebook LiveInternetLive StreamMikrofonOBSPCWebcamXSplit
Previous Post

Serangan Arena Kaiju GIGABASH dari Pemaju Anak Tempatan bakal mengegarkan semua Platform Permainan!

Next Post

Masih baru bermain Gundam Battle: Gunpla Warfare? Ini Tips Asas untuk anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Next Post
Masih baru bermain Gundam Battle: Gunpla Warfare? Ini Tips Asas untuk anda!

Masih baru bermain Gundam Battle: Gunpla Warfare? Ini Tips Asas untuk anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd