Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alami Pengalaman Baharu Maya di HavenXR Centre Malaysia! Akan dibuka pada 2024!

Maira by Maira
August 30, 2023
in Artikel, Berita, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Alami Pengalaman Baharu Maya di HavenXR Centre Malaysia! Akan dibuka pada 2024!

Sumber: HavenXR

Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya sudah ramai yang pernah merasai pengalaman VR (Virtual Reality) dan AR (Augmented Reality), nantikan pula satu lagi pengalaman maya baharu dengan Haven XR. Melalui Lowyat.net, syarikat Malaysia, Sim Leisure Group telah mengumumkan kolaborasi dengan syarikat Australia, HavenXR untuk membangunkan HavenXR Centre di Malaysia.

Sumber: HavenXR

HavenXR Centre itu akan menawarkan pengalaman sinematik XR (Extended Reality) dan dijadualkan untuk pembukaan pada suku pertama 2024. Bukan setakat itu sahaja, HavenXR turut memberikan pengalaman campuran VR di mana, pengunjung boleh berjalan dan meneroka dunia maya daripada set watak untuk mencipta pengembaraan tersendiri. Ia akan boleh memuatkan empat orang dalam satu sesi.

Melalui teknologi Realiti Maya Berasaskan Lokasi (LBVR), HavenXR Centre akan menggunakan setup headset unik yang sedang dibangunkan. Selain itu, kerjasama itu mendedahkan bahawa mereka juga sedang mengusahakan roller coaster MR (Mixed Reality) yang dipanggil XR Coaster. Tetapi tiada tarikh pelancaran tetap yang telah diumumkan mengenainya.

Sumber: HavenXR

Pengalaman pertama yang akan pengunjung alami apabila pawagam ini dibuka nanti adalah cerita yang bertajuk The Keeper, yang merupakan sebuah kisah seram interaktif. Anda boleh melihat teaser The Keeper melalui laman web rasmi HavenXR. Dilaporkan ia akan ditayangkan selama 20 sehingga 30 minit panjangnya.

Sumber: HavenXR

Kalau anda seseorang yang penakut mungkin boleh fikir masak-masak sebelum mencubanya nanti. Akan ada banyak lagi cerita menarik yang sedang dirancangkan selain The Keeper, jadi nantikan sahaja pengumuman mengenainya nanti.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita terkini mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HavenXRSim Leisure GroupXR
ShareTweetSend
Previous Post

Game RoboCop: Rogue City Ditunda Sekali Lagi! Bakal Temui Peminat pada November 2023!

Next Post

ROG x EVA-02 “Gaming PC Set” bakal datang ke Malaysia! Spesial untuk penggemar EVA!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ROG x EVA-02 “Gaming PC Set” bakal datang ke Malaysia! Spesial untuk penggemar EVA!

ROG x EVA-02 "Gaming PC Set" bakal datang ke Malaysia! Spesial untuk penggemar EVA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd