Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akuyaku Reijou Tensei Oji-san Sah Mendapat Anime, Kisah Pakcik Berdisiplin Menjadi Villainess!

Maira by Maira
January 4, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Akuyaku Reijou Tensei Oji-san Sah Mendapat Anime, Kisah Pakcik Berdisiplin Menjadi Villainess!

Sumber: Young King Comics

Share on FacebookShare on Twitter

Populariti isekai nampaknya tidak akan berhenti dengan pelbagai siri anime baharu dihasilkan setiap tahun. Baru-baru ini satu lagi siri isekai disahkan mendapat adaptasi anime iaitu Akuyaku Reijou Tensei Oji-san! Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh pelukis manga tersebut, Michiro Ueyama melalui akaun X (Twitter).

*情報解禁*
「悪役令嬢転生おじさん」TVアニメ化決定です!!!!!!!!!!!!! pic.twitter.com/4IqPmhzAas

— 上山道郎 (@ueyamamichiro) January 3, 2024

Untuk pengetahuan anda, Akuyaku Reijou Tensei Oji-san telah diterbitkan pada Mac 2020 dengan oleh Shonengahosha. Sehingga kini, sudah enam jilid manga telah diterbitkan. Untuk siri isekai ini, anda akan melihat lelaki pertengahan umur yang dilahirkan semula sebagai seorang villainess dalam sebuah game otome. Berikut adalah sinopsis siri menurut MAL:

Dalam kehidupan sebelumnya di Jepun zaman moden, dia adalah Kenzaburou Tondabayashi, seorang penjawat awam berusia 52 tahun—dan kini dialah seorang villainess! Dilahirkan semula sebagai Grace Auvergne, villainess berambut gerudi daripada game otome yang pernah dimainkan oleh anak perempuannya, Kenzaburou agak keliru.

Sumber: Young King Comics

Daripada maklumat kecil yang dia miliki, Kenzaburou tahu dia seorang gadis bangsawan yang angkuh, tetapi lelaki tua yang berdisiplin itu tidak mampu untuk berkelakuan sedemikian. Auranya yang tenang dan baik hati mendorongnya untuk berkawan dengan heroin game dan seterusnya diminati dalam kalangan pelajar sebagai puncak keanggunan. Semasa dia cuba mengekalkan cerita game di landasan yang betul, Kenzaburou perlu menggunakan pengalaman bertahun-tahun dalam tenaga kerja, tingkah laku Jepunnya yang sempurna dan moral berorientasikan keluarga agar sesuai dengan rakan sebayanya.

Malangnya siri manga ini tidak tersedia secara rasmi dalam bahasa Inggeris. Jadi nantikan sahaja tayangan anime ini pada masa akan datang! Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Akuyaku Reijou Tensei OjisanISEKAIIsekai anime
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Assassin’s Creed Valhalla, Resident Evil 2 & Banyak Lagi!

Next Post

Honor of Kings Global Akan Lancar pada Jun Tahun Ini, Pra-daftar Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Honor of Kings Global Akan Lancar pada Jun Tahun Ini, Pra-daftar Sekarang!

Honor of Kings Global Akan Lancar pada Jun Tahun Ini, Pra-daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd