Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akuma Bagus Atau Tidak Dalam Street Fighter 6? Kami Tanya Pemain Pro Tokido Dalam Interviu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, Temuramah
0 0
0
Akuma Bagus Atau Tidak Dalam Street Fighter 6? Kami Tanya Pemain Pro Tokido Dalam Interviu
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu watak game paling terkenal di dunia, Akuma akan mengganas semula di Street Fighter 6 pada 22 Mei. Di sini, kami berpeluang untuk bertanya pemain professional Tokido, atau nama sebenarnya, Hajime Taniguchi, jika Akuma masih kuat di Street Fighter 6 seperti versi-versinya yang dahulu?

Bagi mereka yang tidak tahu, Tokido ialah pemain fighting game profesional dari Jepun yang pernah memenangi kejohanan EVO sebanyak tiga kali. Terkenal di kalangan komuniti fighting game, semua orang tahu watak kegemaran Tokido ialah Akuma, jadi bayangkan betapa gembiranya dia selepas dapat mencuba watak tersebut di acara previu awal untuk update terbaru Street Fighter 6.

Berikut adalah pendapatnya tentang Akuma di Street Fighter 6:

Sebagai pemain pro yang menggunakan Akuma kebanyakan masa, apakah perasaan anda tentang gameplay Akuma yang akhirnya didedahkan?

Tokido: Dia sangat cool. Shun Goku Satsu (Raging Demon) terutamanya sangat cool.

Kredit: Capcom

Anda mencuba Akuma semasa playtest Gamagori Japan? Adakah anda boleh berkongsi sedikit tentangnya?

Tokido: Saya pergi ke Gamagori untuk menguji Akuma. Ada tempat bagus yang dipanggil Real Battle Hub. Kami seronok berbual tentang versi baharu Street Fighter 6 di sana.

Bolehkah anda memberitahu pendapat orang lain secara umum tentang Akuma?

Tokido: Mereka kata Akuma mempunyai begitu banyak pilihan dalam neutral. Ia penting dalam game ini.

Kredit: Capcom

Apakah perbezaan paling ketara yang anda perhatikan antara Akuma SF5 dan Akuma SF6?

Tokido: Tiada V trigger dalam SF6. Akuma boleh dikatakan watak yang agak mudah untuk menang dalam SF5 kerana V trigger. Saya tertanya-tanya apakah pengganti itu dalam SF6.

Dalam video anda sendiri, anda memberitahu bahawa Akuma mempunyai beberapa gerakan baharu daripada TEKKEN 7. Bolehkah anda menjelaskan gerakan-gerakan baharu yang dia dapat daripada TEKKEN?

Tokido: Dia mempunyai Shakunetsu Messho dari Tekken 7. Mungkin saya boleh menggunakannya untuk kombo damage yang bagus.

Adakah anda rasa Akuma akan menjadi watak top tier dalam SF6, memandangkan dia mempunyai lebih banyak kemahiran kali ini?

Tokido: Saya harap dia akan menjadi top tier. Dia mempunyai nyawa yang rendah dan kelajuan yang baik. Ia sangat menarik untuk memainkannya.

Saya percaya kejohanan Street Fighter 6 terdekat ialah DreamHack Dallas pada 31 Mei. Adakah anda akan memakai Akuma ke kejohanan itu, atau berlatih dengannya lebih banyak untuk kejohanan akan datang sebaliknya?

Tokido: Saya mahu menggunakan Akuma di DreamHack.

Apakah yang anda ingin lihat untuk Akuma Outfit 3? Cyber Akuma?

Tokido: Cyber Akuma sangat menyeronokkan. Tetapi mungkin saya akan menggunakan kostum biasa.

Kredit: Capcom

Bagaimana dengan kostum originalnya?

Tokido: Kostum original okay. Tetapi saya mahu menggunakan kostum Akuma yang baharu. Akuma baru nampak laju dan kuat.


Kredit: Capcom

Maka, tamatlah interviu ringkas kami bersama Tokido. Sekali lagi saya ingatkan, Akuma akan datang ke Street Fighter 6 sebagai DLC character pada 22 Mei dan akan tersedia untuk semua pemilik Edisi Deluxe, Edisi Ultimate atau Year 1 Character Pass.

Baca segala berita kami tentang Street Fighter di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AkumainterviuStreet Fighter 6Tokido
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Terminator Zero Akan Datang Ogos 2024, Hanya Di Netflix

Next Post

Infinix GT 20 Pro Antara Smartphone Pertama Di Dunia Yang Menyokong PUBG Mobile Secara 120FPS

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Infinix GT 20 Pro Antara Smartphone Pertama Di Dunia Yang Menyokong PUBG Mobile Secara 120FPS

Infinix GT 20 Pro Antara Smartphone Pertama Di Dunia Yang Menyokong PUBG Mobile Secara 120FPS

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd