Hari ini, Victor Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan judul aksi RPG 3D “Tokyo Revengers: Last Mission” pada Februari 2024 di Jepun. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch, PC melalui DMM Games, iOS melalui App Store dan iOS melalui Google Play sebagai game free-to-play bersama transaksi-mikro berasaskan item.
Malangnya, kami tidak tahu jika game ini akan dilancarkan di luar Jepun atau tidak.

Daripada apa yang saya faham tentang deskripsi game ini, pemain akan alami semula kisah anime daripada perspektif watak utama, Takemichi Hanagaki. Masa depan berubah melalui kitaran masa yang berulang, jadi ubah masa depan paling bencana kepada masa depan yang Takemichi inginkan dengan usaha sendiri.

Dunia anime terkenal “Tokyo Revengers” akan dicipta semula dalam grafik 3D. Di sini, pemain boleh menikmati aksi RPG 3D dalam bandar Shibuya yang realistik. Selain bandar Shibuya (di mana cerita itu berlaku), terdapat beberapa lokasi terkenal lain daripada anime dan manga termasuk Musashi Shrine, Umishita Park, Mizo Middle School, gudang-gudang, platform stesen, dan juga bilik setiap watak.
Jalan cerita utama disuarakan sepenuhnya oleh pelakon suara original manakala adegan-adegan terkenal daripada anime akan tampil sebagai cutscene dengan model 3D. Walaupun naratif hampir sama, Tokyo Revengers: Last Mission membolehkan anda mengalami Tokyo Revengers dalam bentuk yang lebih padat dan berbeza daripada anime.

Lebih daripada 30 watak popular daripada siri akan muncul sebagai watak yang boleh dimainkan dalam game! Dalam pertempuran, pemain akan bertarung memakai skema kawalan mudah seperti majoriti aksi RPG dan gunakan kombo, skill dan kemahiran istimewa untuk memenangi pertarungan! Pada masa yang sama, guna “sistem co-op” untuk melakukan serangan kuat kepada musuh bersama rakan sekutu.

Watak Tokyo Revengers baharu boleh diperoleh secara gacha (majoriti masa) atau melalui kaedah lain. Bukan itu sahaja, watak juga boleh disusun secara bebas tidak kira orang jahat atau baik, jadi kombinasinya memang tiada kesudahan.
Dapatkan segala berita kami tentang Tokyo Revengers di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post