Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aksi RPG Sengoku NIOH 2 secara rasmi akan keluar pada 12 MAC 2020!

Pra-pesanan telah bermula hari ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 31, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Aksi RPG Sengoku NIOH 2 secara rasmi akan keluar pada 12 MAC 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) hari ini mengumumkan bahawa Nioh 2 yang boleh didapati dalam tiga bahasa: bahasa Cina Tradisional, Korea, dan Bahasa Inggeris akan dikeluarkan pada hari Khamis, 12 Mac 2020 untuk pelantar PlayStation 4. Pra-pesanan digital sudah tersedia di PlayStation Store bermula 31 Oktober 2019.

Nioh 2 adalah sekuel yang ditunggu-tunggu untuk Nioh, sebuah aksi RPG Sengoku dengan jalan cerita gelap. Ditetapkan pada zaman samurai, Nioh menampilkan kisah seorang pengembara tunggal yang terkandas di pesisiran Jepun dan harus bertarung melalui pahlawan-pahlawan ganas dan Yokai jahat yang menghunikan tanah untuk mencari apa yang dia ingin tahu. Nioh telah jual lebih daripada 2.75 juta salinan di seluruh dunia sejak dikeluarkan pada Februari 2017.

Beta Demo tersedia untuk dimuat turun dari Jumaat, 1 November 2019 hingga Ahad, 10 November 2019. Jika anda mempunyai data simpanan dari Nioh, anda boleh menggunakan fungsi Transform semasa tempoh Beta Demo untuk menukar penampilan watak anda kepada William, protagonis Nioh. Selain itu, dengan menyelesaikan peringkat awal di Beta Demo, anda akan diberi ganjaran Mark of the Demon Slayer. Ia akan memberi anda DLC istimewa yang boleh dimuat turun dalam permainan penuh. Anda juga boleh melihat sedikit apa yang dinantikan di Beta Demo dengan melihat video gameplay di bawah. Jangan ketinggalan!

Nioh dimasukkan dalam barisan permainan video PlayStation Plus November, yang tersedia secara eksklusif kepada ahli PS Plus. Nioh boleh dimuat turun dari Rabu 6 November 2019 hingga Selasa, 3 Disember 2019. Mereka yang belum mengalami judul pertama siri ini, jangan terlepas peluang untuk menikmati game ini bersama-sama dengan Beta Demo Nioh 2.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Beta DemoNioh 2PlayStation 4playstation storeSony Interactive Entertainment
Previous Post

Mempercepatkan proses kreativiti anda dengan barisan Laptop MSI Content Creator terbaru!

Next Post

Tonton Grand Finals TOM CLANCY’S RAINBOW SIX: Pro League Season X yang bermula pada 9 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tonton Grand Finals TOM CLANCY’S RAINBOW SIX: Pro League Season X yang bermula pada 9 November

Tonton Grand Finals TOM CLANCY'S RAINBOW SIX: Pro League Season X yang bermula pada 9 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd