Pearl Abyss secara rasmi mengumumkan permainan aksi battle royale mereka iaitu Shadow Arena akan memasu Akses Awal di Steam pada 21 Mei 2020 ini! Pemain dapat merasakan sendiri pra pelancaran permainan ini sebelum ianya dilancarkan secara rasmi dalam tahun ini juga!
Kali terakhir kami mengulas permainan ini, ia merupakan pertarungan hebat dengan cara pertempuran baru. Kemudian pendaftaran beta akhir dibuka pada awal April lalu. Shadow Arena akan terus menampilkan pertempuran sengit di mana 40 Wira dapat bersaing satu sama lain untuk menjadi satu-satunya yang masih hidup. Akses Awal akan memperkenalkan Wira baru bersama dengan kandungan baru lain yang akan menerapkan maklum balas pengguna dari ujian Beta sebelumnya.
Setelah menjalankan beberapa ujian Beta, Shadow Arena dikenali kerana gaya aksi dan permainan strategiknya yang unik. Lebih-lebih lagi, Beta akhir baru-baru ini telah meningkatkan kadar pengekalan, dengan pengguna global yang mengambil bahagian dalam permainan lebih aktif daripada ujian sebelumnya. Jumlah tontonan video live streaming di saluran Twitch rasmi juga meningkat dua kali ganda berbanding ujian sebelumnya.
https://youtu.be/5N164CStz_o
Akses Awal Shadow Arena akan tersedia di Steam secara global dengan sokongan dalam 14 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Indonesia, Thai dan Turki. Jangan lupa lawati laman web rasmi, Discord, Facebook, YouTube, dan Twitter untuk maklumat lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post