Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akses Awal EA SPORTS FC 25 Sudah Bermula – Beri Segalanya Demi Kelab Kegemaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Akses Awal EA SPORTS FC 25 Sudah Bermula – Beri Segalanya Demi Kelab Kegemaran!
Share on FacebookShare on Twitter

EA SPORTS FC 25 ‘Early Access‘ secara rasmi bermula sejak Jumaat lalu melalui Ultimate Edition, dan kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PlayStation 4, dan Xbox One, memberikan akses awal selama seminggu serta faedah tambahan kepada pemain.

Saksikan bintang muka depan EA SPORTS FC 25 Ultimate Edition seperti Jude Bellingham, Aitana Bonmatí, David Beckham, Zinedine Zidane, dan Gianluigi Buffon bersatu untuk memulakan minggu pelancaran dan kemas kini merentasi FC 25 dan FC Mobile.

Ansuran baharu ini memperkenalkan beberapa ciri inovatif yang bertujuan untuk meningkatkan gameplay dan keasyikan pemain.

Pertama, EA Sports FC 25 memperkenalkan mode baharu bernama 5v5 Rush, yang menawarkan cara baharu kepada untuk menikmati game bersama rakan dalam Football Ultimate Team, Clubs dan Kick-Off. Dalam Football Ultimate Team Rush, anda boleh mengumpulkan pasukan 5 pemain impian dengan sehingga tiga rakan, masing-masing mengawal pemain kegemaran mereka.

Kredit: EA Sports

Seterusnya, FC 25 menampilkan FC IQ, satu rombakan kepada asas-asas taktikal di dalam game untuk menawarkan kawalan strategik yang dipertingkatkan dan pergerakan pasukan yang lebih tulen. Pemain juga boleh melihat model AI baharu menggunakan data dunia sebenar, yang mempengaruhi strategi melalui Player Roles serba baharu.

Kredit: EA Sports

Mode Manager Career dan Player Career turut dipertingkatkan untuk membolehkan pemain menghidupkan semula cerita yang paling menarik dari dunia bola sepak sebenar. Dalam Player Career, peminat boleh mengalami semula kisah bekas Icon menggunakan pasukan moden dan bermain sebagai atlet wanita buat kali pertama.

Kredit: EA Sports

Diumumkan awal minggu ini, EA SPORTS FC Mobile Anniversary Update akan dilancarkan pada 24 September, yang memperkenalkan mode Club Challenge baharu, pusat Football Centre, dan banyak lagi. Jude Bellingham juga akan menjadi muka depan baharu EA SPORTS FC Mobile.

EA SPORTS FC 25 akan dilancarkan secara global dalam Standard Edition pada 27 September, tersedia di semua platform yang disebutkan sebelum ini serta Nintendo Switch.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EA SPORTS FC 25
ShareTweetSend
Previous Post

Naruto: Ultimate Ninja Storm Akan Datang Ke Mobile!

Next Post

Fatal Fury: City of the Wolves Mungkin Tambah Cristiano Ronaldo Sebagai Watak Boleh Dimainkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Fatal Fury: City of the Wolves Mungkin Tambah Cristiano Ronaldo Sebagai Watak Boleh Dimainkan

Fatal Fury: City of the Wolves Mungkin Tambah Cristiano Ronaldo Sebagai Watak Boleh Dimainkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd