Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akibat protes di Google play, Genshin Impact bagi hadiah untuk redakan kemarahan komuniti

Maira by Maira
September 30, 2021 - Updated on October 1, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Akibat protes di Google play, Genshin Impact bagi hadiah untuk redakan kemarahan komuniti
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari ini, macam-macam perkara berlaku dalam komuniti Genshin Impact. Ini semua bermula dengan hari ulang tahun pertama Genshin Impact pada 28 September yang lalu. Ini berikutan dengan ganjaran yang diberikan oleh syarikat pembangun, miHoYo, yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain. Bukan setakat itu, mereka juga sanggup mengebom review 1 bintang untuk Genshin Impact di Google Play.

Sumber: Genshin Impact

Kalau setakat Genshin Impact sahaja tidak mengapa tetapi nampaknya mereka juga mengebom permainan lain seperti Honkai Impact 3rd, Arknights, Tears of Themis, Clash of Clans, Fate/Grand Order dan banyak lagi. Honkai Impact 3rd dan Tears of Themis antara yang paling terkesan kerana permainan itu juga dibangunkan oleh miHoYo. Tetapi rating mereka masih kekal tinggi walaupun diserang oleh pemain toksik Genshin Impact.

Komuniti ini kini dipantau di beberapa platform media kerana keadaan yang tidak terkawal ini. Sub Reddit Genshin Impact kini dalam keadaan “lockdown” dan semua bebenang perlu disetujui oleh moderator akaun tersebut sebelum dilepaskan. Malah bebenang sebelum ini mengenai ulang tahun Genshin Impact juga telah dikunci. Jika ada pengguna yang menyebut mengenai perkara ulang tahun itu di bebenang yang lain, mereka akan di “banned” dari sub reddit itu.

Sumber: Twitter

Di forum rasmi, Hoyolab yang dipenuhi oleh bebenang mengenai keluhan pemain juga banyak dilupuskan. Jadi, bebenang yang tidak ada kaitan dengan cosplay atau fanart akan dipadam dari forum itu. Pengguna forum juga akan di block selama 24 jam jika mereka ingin membuat topik baru berkaitan dengan ulang tahun permainan itu. Pemain dalam Discord juga akan di banned kerana sikap toksik, kerana mengeluh mengenai ganjaran yang diterima.

Komuniti Genshin mulai mengembangkan reputasi mereka dengan mengganggu pihak yang tidak berkaitan kerana rasa tidak puas hati mereka. Dua hari yang lalu, pelakon suara bahasa Inggeris untuk watak Genshin Kokomi, mengatakan bahawa mereka tidak patut mengganggu pelakon suara yang dipilih oleh studio syarikat permainan itu. Dia merujuk kepada pelakon suara China Kokomi yang terpaksa menghentikan livestreamnya kerana gangguan yang diterima mengenai watak Kokomi dalam gameplay.

Sumber: miHoYo

Hari ini pemain dikejutkan dengan ganjaran khas yang mengandungi Glider khas dan 400 primogems. Bersama item tersebut, ada mesej yang mengucapkan terima kasih kepada pemain atas sokongan mereka terhadap permainan ini dan menjemput pemain untuk menyertai konsert Genshin Impact pada 3 Oktober ini.

Saya tahu bukan semua dalam komuniti Genshin bersikap seperti itu, tetapi ia merupakan sesuatu yang serius jika sesetengah pihak yang toksik ini mengganggu pihak yang tidak berkaitan dengan Genshin. Mari berharap agar perkara ini akan reda dalam masa terdekat dan komuniti gaming boleh bermain dengan damai tanpa dirosakkan oleh pemain toksik seperti ini.

[Update terbaru]
Menurut TheGamer, miHoYo telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memberikan tumpuan penuh atas pendapat komuniti Genshin Impact mengenai acara ulang tahun pertama permainan itu. Segala pendapat dan cadangan yang diberikan dari pemain dan peminat adalah berharga bagi mereka dan berharap semua peminat akan teruskan pengembaraan mereka di Tevyat. miHoYo juga mendedahkan bahawa mereka mempunyai cara lain untuk menyambut ulang tahun Genshin Impact yang kini dalam pembikinan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactGenshin Impact 1st anniversarymiHoYoPC
Previous Post

Barisan Game Percuma PS Plus Oktober 2021 didedahkan termasuk Mortal Kombat X!

Next Post

FIFA 22 membuang pemain Man City Benjamin Mendy selepas tuduhan serangan seksual

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
FIFA 22 membuang pemain Man City Benjamin Mendy selepas tuduhan serangan seksual

FIFA 22 membuang pemain Man City Benjamin Mendy selepas tuduhan serangan seksual

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd