Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akhirnya Oda jelaskan tentang misteri ayah Zoro, bukan daripada Wano!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Akhirnya Oda jelaskan tentang misteri ayah Zoro, bukan daripada Wano!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas One Piece episode 1046 di siarkan, ramai peminat yang hanya menonton anime menjadi tidak senang duduk dengan persamaan yang dikatakan oleh Hyogoro diantara Roronoa Zoro dan Shimotsuki Ushimaru. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai teori daripada peminat siri ini, namun, pencipta One Piece, Eiichiro Oda akhirnya telah menjelaskan tentang perkara tersebut mengenai Shimotsuki sebagai ayah Zoro.

Selepas episode 1046 disiarkan, penonton anime akhirnya telah didedahkan bahawa samurai daripada Wano, Shimotsuki Ushimaru, adalah daripada keturunan yang sama dengan samurai lagenda Wano iaitu “Sword God” Shimotsuki Ryuma. Kita pernah melihat mayat Ryuma semasa Arc Thriller Bark di mana Zoro telah mengalahkannya dan mendapat pedang Shusui sebagai hadiah atas kemenangannya.

Disebabkan itu, para peminat mula membuat spekulasi dan teori bahawa kemungkinan besar Ushimaru adalah ayah kepada Zoro manakala Ryuma pula menjadi moyang kepadanya. Walau bagaimanapun, pencipta siri ini telah memberi jawapan muktamad mengenai perkara ini.

Sejak Arc Whole Cake Island, peminat One Piece masih lagi menunggu pendedahan latar belakang Zoro. Oleh itu, isu ini muncul kembali selepas episod 1046 dikeluarkan dan seolah-olah ingin mengatakan bahawa Pirate Hunter ini kemungkinan berasal daripada keturunan Shimotsuki dari Wano yang terkenal.

Spekulasi ini disokong kuat dengan nama kampung Zoro yang berada di East Blue iaitu Shimotsuki Village. Digabungkan dengan mayat Shimotuki Ryuma yang mengakui kekuatan Zoro sebagai seorang swordman dan memberinya pedang Shusui, peminat yakin bahawa maklumat terbaru di dalam episod 1046 telah mengukuhkan spekulasi tersebut.

https://twitter.com/OP_NEWS2022/status/1612214147680473088?s=20&t=2yIuB7V1Ur1aF1GKNeBQNA

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui oleh pembaca manga One Piece, ianya adalah tidak benar, sekali gus menidakkan spekulasi serta teori tersebut. Seperti yang anda dapat lihat melalui tweet di atas, Oda sendiri telah mengesahkan dalam SBS Jilid 101 bahawa Shimotsuki Ushimaru bukan ayah kandung Zoro.

Eiichiro Oda menjelaskan bahawa dia berhasrat untuk menambah lagi satu adegan di mana Onimaru mengatakan tentang bagaimana Zoro kelihatan sama seperti Ushimaru. Tetapi dia telah memotongya kerana rasa adegan itu sedikit mengelirukan, tetapi dia sedang berfikir sama ada patut atau tidak dia buat sesuatu tentang keturunan Ushimaru. Mungkin kita akan dapat pendedahan tentang perkara ini di masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, Shimotsuki Ushimaru adalah Daimyo untuk kawasan Ringo di Wano semasa zaman Shogun Kozuki Oden, namun dia kehilangan kedudukannya selepas kematian Oden dan terus dipenjarakan oleh Kaido.

Jadi, apa pendapat anda, adakah benar Shimotsuki Ushimaru adalah ayah kepada Roronoa Zoro? Atau pun hanya kebetulan sahaja? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEiichiro Odamangaone pieceRoronoa Zoro
Previous Post

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake Perkenalkan Watak Baru Bikini Bottomites!

Next Post

Siapakah Soul King? Kisah “Tuhan Sebenar” di dalam dunia Bleach!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siapakah Soul King? Kisah “Tuhan Sebenar” di dalam dunia Bleach!

Siapakah Soul King? Kisah "Tuhan Sebenar" di dalam dunia Bleach!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd