Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Age: Dreadwolf telah didedahkan sebagai tajuk rasmi game oleh Bioware

safwan by safwan
June 3, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Age: Dreadwolf telah didedahkan sebagai tajuk rasmi game oleh Bioware
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Bioware telah mendedahkan nama bagi game Dragon Age 4 yang telah dinanti-nantikan sejak ia diumumkan lagi. Akhirnya mereka telah memberikan nama rasmi kepadanya iaitu Dragon Age: Dreadwolf. Ia merupakan bab terbaharu bagi siri Dragon Age. Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan sebarang tarikh pengeluaran tetapi ia disahkan tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

Mesti di antara korang tertanya-tanya siapa itu Dread Wolf? Jom saya terangkan sedikit mengenainya.

Solas merupakan Dread Wolf yang mempunyai pelbagai spekulasi terhadapnya. Ada yang mengatakan bahawa dia dewa bunian purba. Ada yang kata pengkhianat bangsanya dan ada yang kata sebaliknya. Atau adakah dia penyelamat yang sedang berusaha menyelamatkan mereka dengan mengorbankan dunia. Dengan motifnya yang tidak jelas dan kaedah yang diguna meragukan, Solas telah kena cop sebagai dewa penipu.

Tidak kiralah sama ada korang baru sahaja mengenali cerita Dragon Age ataupun seorang veteran yang telah tahu kesemuanya, apabila mendengar nama Solas sudah pasti korang mempunyai jangkaan yang tiada kesudahan tentang macam mana cerita ini habis.

Jika korang masih baru terhadap siri Dragon Age, jangan risau dengan watak antagonis sebelum ini kerana dia akan memperkenalkan dirinya apabila masanya sudah tiba.

Kepada korang yang tidak tahu, Dragon Age: Dreadwolf telah diumumkan sejak tahun 2018 di The Game Awards. Game terbaru ini akan menyambung daripada kisah Dragon Age: Inquisition (2014) dengan mendedahkan bahawa Solas sebenarnya adalah dewa Elven, Fen’Harel, yang juga dikenali sebagai Dread Wolf dan kini berusaha untuk menghancurkan dunia.

Ansuran terbaru ini mungkin akan menyaksikan pemain berhadapan dengan Dread Wolf ketika mereka berjuang demi Thedas.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Dragon Age: Dreadwolf akan dilancarkan di PS5, Xbox Series X|S dan PC. Namun mereka mengesahkan bahawa game ini tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Tidak banyak maklumat yang didedahkan buat masa sekarang, namun Bioware akan mendedahkan lebih banyak maklumat berkenaan Dragon Age: Dreadwolf pada tahun ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Age: Dreadwolf
Previous Post

MSI x TMT Roadshow akan berlangsung di Mid Valley pada 6 – 12 Jun 2022! Promosi juga ada!

Next Post

4D Sight – Platform baru pengiklanan khas untuk pencipta kandungan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
4D Sight – Platform baru pengiklanan khas untuk pencipta kandungan!

4D Sight - Platform baru pengiklanan khas untuk pencipta kandungan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd