Apple telah mengumumkan update perisian besar untuk AirPods Max, yang bakal dilancarkan bulan depan dengan memperkenalkan audio lossless dan ultra-low latency.
Diumumkan semalam, update ini akan meningkatkan pengalaman AirPods Max, menjadikannya satu-satunya headphone yang mampu menghasilkan Personalised Spatial Audio dengan head tracking, sambil menawarkan kualiti bunyi premium kepada pendengar, gamer, dan pencipta kandungan.

Bakal tiba pada bulan April sebagai free firmware update bersama iOS 18.4, iPadOS 18.4, dan macOS Sequoia 15.4, upgrade ini membuka lossless audio 24-bit, 48 kHz melalui kabel USB-C yang disertakan. Ini mengekalkan ketulenan rakaman original, membolehkan pelanggan Apple Music menikmati lebih 100 juta lagu seperti di dalam studio. Ciri ultra-low latency pula mengurangkan lag sehingga setanding dengan pembesar suara pada Mac, iPad, dan iPhone, memastikan pengalaman gameplay, livestreaming, dan penciptaan muzik yang lancar tanpa sebarang kelewatan.

Bagi pencipta muzik, AirPods Max bakal menyerlah dalam aliran kerja profesional pada aplikasi seperti Logic Pro. Sambungan USB-C membolehkan audio resolusi tinggi tanpa kehilangan kualiti dan latency minimum, membolehkan artis mencipta, dan menghasilkan Personalised Spatial Audio dengan head tracking—pertama seumpamanya untuk sebuah headphone. Gamer dan streamer juga akan menikmati pengalaman lebih lancar dan imersif berkat ciri ini.

AirPods Max dijual pada harga RM2,499, tersedia dalam lima warna—midnight, starlight, biru, ungu, dan jingga—dan boleh didapati di apple.com/my/store, aplikasi Apple Store, serta kedai sah Apple.
@gamersantaimy
Discussion about this post