Project Kavvaii, agensi VTuber yang disokong oleh airasia Super App, akan membuka ujibakat VTuber baru pada 29 November 2021. Projek ini bertujuan untuk mengembangkan barisan bakatnya, bermula dengan VTuber mereka, Aozora Kurumi.
Permohonan untuk Project Kavvaii dibuka sehingga 31 Disember tahun ini. Dua bakat akan menerima kontrak setahun dengan akses pada pasukan sokongan dan set lengkap alat untuk penstriman, Mereka akan diberi peluang untuk bekerjasama dengan pasukan airasia untukbantu membentuk dan membina karakter mereka.
Bercakap mengenai proses uji bakat baru, Rudy Khaw, Ketua Pegawai Jenama di airasia, menyatakan bahawa penampilan sulung Aozora Kurumi telah membawa mereka lebih dekat dengan komuniti VTuber. Beliau menambah bahawa apa yang bermula sebagai idea dan usaha berpasukan telah menjadi kenyataan, terbukti dengan apa yang telah dicapai Kurumi setakat ini.
“Matlamat kami untuk Project Kavvaii adalah untuk berkembang menjadi cabang bakat maya yang menyediakan peluang hiburan dan penglibatan untuk peminat, untuk jenama, untuk komuniti dan juga menarik orang ke dunia aplikasi super airasia untuk semua orang.”
Rudy Khaw, airasia Chief Brand Officer

Calon yang berminat hendaklah menjadi streamer yang gemar menyanyi, mengacara, bermain permainan, berinteraksi dengan komuniti VTuber dan ingin meneroka kerjaya sebagai pencipta kandungan.
Untuk menghantar penyertaan, semua pemohon mesti menghantar video pengenalan selama 2 minit yang mempamerkan bakat mereka. Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat proses permohonan boleh didapati di laman web rasmi.

Tentang Project Kavvaii
Airasia mencipta “Projek Kavvaii” sebagai platform untuk mempamerkan bakat dan memperkasakan komuniti VTuber yang semakin berkembang di seluruh Asia Tenggara dengan memecahkan sempadan untuk menyatukan bakat dan mempamerkan identiti Asean kepada dunia.
Program ini bertujuan untuk menyediakan bakat berpotensi dengan sumber terbaik untuk menjadi VTuber terbaik di rantau ini dan menjadi perwakilan cemerlang Asia Tenggara kepada dunia.

Airasia akan membantu bakat untuk melakarkan trajektori kerjaya yang betul dengan menyokong mereka dalam aspek perniagaan, mencari bakal pelanggan, menjejaki saluran kewangan daripada strim, menyediakan sokongan pemasaran dan apa yang mereka perlu lakukan ialah menumpukan perhatian pada perkara yang terbaik yang mereka lakukan.
Untuk segala liputan mengenai Vtuber, sila klik pautan ini.
Sumber: animecorner / airasia
@gamersantaimy
Discussion about this post