Langsung daripada Psychology Today, ada sebuah penulisan daripada Christopher J Ferguson dan Patrick Mackey daripada Villanola University, menyangkal laporan yang dibuat seorang brader bernama Jay Hull.
First and foremost korang leh baca report tu kat sini. Just in case kalau nak fahamkan the issue at hand.
Christopher claim yang lepas baca report tu sendiri, bukti-bukti yang ditampilkan sebenarnya boleh digunakan against apa yang diorang cuba claim. Report ni cuba jual social science, dimana bila pembaca dengar perkataan “keganasan melampau” diorang akan ingat penyelidik ni betul-betul akan kaji keganasan fizikal.
Tapi dalam kajian tu, respondent kena jawab soalan macam “saya pernah rasa sangat marah sampai pecahkan barang” dan “saya akan bertindak ganas untuk pertahankan hak saya”. Daripada soalan ni diorang relatekan dengan keganasan melampau dan pergaduhan kat sekolah. Kau tanya soalan “awak pernah main video game ganas tak?” then next question “awak pernah pecahkan barang tak?”. Korang jawab dua-dua “ya”, VIDEO GAME VIOLENT BEHAVIOUR! Macam kenot brain jugak kan?
Christopher ada terbitkan buku Moral Combat: Why the war against violent video games are wrong. Buku ni ada kajian yang kata keganasan, homicide dan tembak-menembak kat sekolah berkurangan dalam komuniti yang consume video game. Orang yang tak main video game lansung lagi bahaya dari orang yang main video game. Pendapat ni pulak disokong oleh ahli ekonomi, pakar psychology dan pakar jenayah. Bahkan saintis yang kaji video game pum skeptical pasal kaitan keganasan dunia sebenar dan video game.
Institusi American Psychological Association menerusi divisyen media dan teknologi diorang telah release statement yang memberi amaran penggubal undang-undang dan media supaya tidak mengaitkan video game dengan keganasan sebab takde data yang boleh menyokong tuduhan ni.
Kesimpulannya semua fiasco ni seolah-olah nak divert tumpuan orang ramai daripada punca sebenar keganasan dalam masyarakat harini..
Kalau la betul sangat gamers kena influence sangat, bukan sekadar keganasan je, mesti diorang ni ingat lepas mati boleh respawn, hidup boleh save dan load..
@gamersantaimy
Discussion about this post