Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2025
in Artikel, Berita, Fighting, Kolaborasi, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda bersiap sedia untuk kolaborasi luar biasa kerana kumpulan K-pop terkenal aespa (terdiri daripada KARINA, GISELLE, WINTER dan NINGNING) bersama rakan maya mereka, naevis, bakal menyertai dunia Street Fighter 6 mulai 4 Julai 2025.

Berikut ialah segala maklumat penting tentang kolaborasi hebat ini.

Mulai 4 Julai 2025, pemain boleh mendapatkan kostum edisi khas untuk watak Juri, iaitu “Juri: Outfit 4 feat. aespa (Color 1–10),” yang boleh dibeli di kedai dalam game Street Fighter 6. Kostum ini akan tersedia sehingga 4 Julai 2026, jam 2:59 petang dan dijual pada harga 350 Fighter Coins.

Selain itu, pembelian kostum ini turut membuka versi remix lagu tema Juri berunsurkan K-pop untuk adegan kemunculannya, lengkap dengan kesan visual eksklusif yang memaparkan simbol ahli aespa pada paparan wataknya.

Pada hari yang sama, naevis (watak maya keluaran SM Entertainment) akan membuat penampilan pertamanya dalam Street Fighter 6 sebagai pengulas menerusi fungsi Real-Time Commentary. naevis akan memberikan ulasan dalam bahasa Korea, Jepun atau Inggeris, bergantung pada pilihan anda.

Jika log masuk ke dalam game antara 4 Julai 2025, jam 3:00 petang hingga 5 Ogos 2025, jam 10:59 pagi, anda akan menerima ganjaran eksklusif seperti photo frame, device background dan title istimewa. Cuma lawati bahagian “aespa x Street Fighter 6 Collaboration News” dalam game untuk menuntutnya.

Sepanjang tempoh ini juga, kawasan Battle Hub akan dihias dengan tema aespa yang sama menarik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi kolaborasi ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aespaStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai
Berita

Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai

July 1, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd